Selesai seminar awal bulan April lalu, SFT diberi peluang membuka booth di Ekspo Islamic Lifestyle minggu lepas. Ekspo bermula 16hb April hingga 18hb April 2015, bertempat di Terengganu Trade Center, Kuala Terengganu. Booth SFT hanya mengadakan jualan amal buku-buku, minyak wangi, pakaian muslimah, juga lelongan buku cerita kanak-kanak.
Ekspo Islamic Lifestyle di Pusat Dagangan Terengganu |
Kami hanya menetapkan misi kali ini untuk memperkenalkan pada masyarakat tentang kewujudan Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu sambil mengumpul dana persatuan. Tiga hari para sahabat bergilir-gilir menjaga booth SFT yang dihias serba sederhana.
Booth Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu... |
Seronok dengan gelagat manusia yang pelbagai. Ada yang tidur baring sekitar bangunan hanya dek kerana hendak mendapatkan tudung sensasi masa kini. Berbaris mereka mengambil nombor untuk mendapatkan tudung pujaan. Biarlah jenamanya saya rahsiakan di sini....Bagaimana agaknya sambutan booth SFT?
Pemandangan luarbiasa....bersila sana sini demi mendapatkan tudung kesukaan ramai |
Suka, duka, sedih semua ada. Booth kami kebanyakannya dikunjungi oleh ibubapa yang mempunyai anak istimewa. Mahupun kunjungan dari guru-guru yang terbabit dalam ilmu Pendidikan Khas juga. Namun terdapat insan-insan mulia yang ambil tahu tentang kewujudan golongan istimewa dalam masyarakat. Insan yang prihatin dengan sekeliling. Ada yang berderma dengan ikhlas hati, bukan puluhan RM malah ada yang mencapai ribuan RM....alhamdulillah.
Seorang jururawat....singgah sebentar untuk mendapatkan buku Genius Dari Syurga bagi mendapatkan ilmu untuk menangani masalah autisme dalam kalangan pesakitnya |
Seorang ibu datang mendapatkan nasihat dari SFT tentang anaknya yang masih belum bertutur walaupun usia telah melebihi 2 tahun |
Yang berkerusi roda juga datang....anak istimewa yang mengalami masalah Cerebral Palsy |
Pengunjung dari Paka, Terengganu....anak autisme berusia 13 tahun |
Kunjungan oleh anak syurga Down Syndrome.... |
Namun tamu paling popular juga singgah sebentar memberi keceriaan kepada booth kami iaitu kunjungan Kumpulan Rabbani. Bila disebut Kumpulan Rabbani, yang terlintas pada fikiran saya arwah Ustaz Asri bekas penyanyi utama kumpulan ini. 'Pergi Takkan Kembali' menyentap jiwa alunan nasyid kontemporarinya. Semoga rohnya dicucuri rahmat....
Ceria dengan kehadiran tamu paling popular....Kumpulan Rabbani |
Kumpulan Rabbani ....senyuman penuh keikhlasan |
Booth kami hanya membuat jualan amal untuk mengisi tabung persatuan, memperkenalkan persatuan kepada umum merupakan misi kami yang utama. Biar masyarakat tahu, anak-anak istimewa kena dididik dengan ilmu bukan dibiarkan tanpa sebarang pengisian. Pendidikan yang dimaksudkan adalah melalui pendekatan yang bersesuaian dengan kemampuan golongan ini. Mereka harus didekatkan dengan Maha Penciptanya. Maka tugas tersebut terletak di bahu kita, samada ibubapa, guru mahupun masyarakat keseluruhannya.
Yang penting anak syurga ini dilayan sebagaimana status mereka sebagai penghuni jannah di sana nanti....InshaAllah.
0 comments:
Post a Comment