اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, November 10, 2015

KBAT Punya Bahang....Memang HOTS (High Order Thinking Skills)





Final exam si anak sudah tamat. Seminggu berhempas-pulas menggali ilmu untuk dicurahkan dalam bentuk tulisan bagi menjawab kertas-kertas soalan peperiksaan.

Yang dulu pastinya udah tak sama dengan yang kini. Dulu, diadakan juga soalan-soalan objektif bagi membantu memudahkan calon-calon 'menembak' jawapan untuk memperjudikan nasib. Namun sekarang tidak lagi.....soalan subjektif, tak baca, tak faham, maka tidak mampulah tangan untuk mencoretkan sebarang jawapan.

Riuh sana sini mendengar keluhan pelajar dan para ibubapa dengan soalan-soalan peperiksaan zaman kini yang menjurus kepada KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). Bagaimana agaknya keadaan anak autisme untuk menjawab soalan-soalan yang berbentuk sebegini?

Jangankan ibubapa, guru-guru pun menggaru kepala untuk mengubah pemikiran pelajar ke arah ini. Bukan mudah, bukan sekadar petik jari semuanya menjadi. Perlukan usaha yang bersepadu, di sekolah mahupun di rumah, berterusan atau istiqamah.

Menurut analisa yang saya buat dari Kertas Sains Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 1 yang lalu, menampakkan Syahmi masih jauh ketinggalan dalam menjawab soalan KBAT. Kebiasaannya soalan KBAT memperuntukkan 4 markah bagi satu soalan dimana kebanyakannya Syahmi hanya memperolehi 1/4 markah.

Contoh soalan KBAT dan jawapan oleh Syahmi
bagi Kertas Sains Tingkatan 1 (SMKA Sheikh Abdul Malek)

Untuk melayakkan seseorang pelajar memperolehi markah penuh (4/4), jawapan hendaklah mengandungi 4 elemen iaitu Isi,  Huraian, Huraian Lengkap dan Kesimpulan. Masih jauh nampaknya anak ini untuk menuju ke tahap cemerlang. Markah keseluruhan subjek Sains, 72/100 (B) menampakkan bahawa usaha harus lebih giat lagi dilakukan untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Namun saya bangga sebab di kalangan pelajar lain (pelajar tipikal) di kelasnya, markah keseluruhan Syahmi merupakan yang ke 2 terbaik di belakang markah terbaik keseluruhan kelasnya 75/100.

Alhamdulillah....namun kita kena usaha lagi Syahmi sebelum PT3 2017.













0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...