اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, May 23, 2017

Syurga Menunggu Mu IzOne......InshaAllah






First time jumpa, December 2012. Kami ke rumahnya di Kampung Chuar, Kati, Kuala Kangsar, Perak. Kampung kami berdekatan dengan tempat tinggal IzOne, lebihkurang 6km sahaja jaraknya. Perkenalan bermula melalui facebook Autisme Malaysia. Akhirnya kami berkesempatan untuk menziarah mereka di sebuah desa terletaknya di lereng bukit yang nyaman, singgah sebentar sebelum balik semula ke Terengganu.


Pertemuan kami yang pertama kali....Inah dan saya pada
Dec 2012

Inah dan Shahedy ialah ummi dan ayah IzOne, suami isteri yang loving, lemah lembut dan tidak hairanlah IzOne juga dibayangi oleh sahsiah diri kedua ibubapanya. Inah berasal dari Sabah manakala Shahedy berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Mereka menetap di Kuala Kangsar setelah si suami menamatkan perkhidmatannya sebagai seorang anggota tentera. Mereka membuat keputusan untuk menetap di kampung, mengusahakan tanah di keliling rumah dengan pelbagai tanaman termasuk tebu, serai dan sebagainya bagi tujuan komersial.


IzOne dan Syahmi, mereka sebaya (15 tahun).....tengoklah senyuman
 manisnya walau sahabatnya sedang dalam mood yang kurang baik

IzOne merupakan anak tunggal dalam keluarga ini. Kasih sayang melimpah ruah antara mereka. Pelbagai dugaan menimpa, pemergian ayah mertua, ayah Inah juga kurang sihat di Sabah, namun mereka tetap bersabar. IzOne, anak autisme yang sangat matang. Senyuman sentiasa di bibir. Bercakap perkara-perkara yang baik sahaja. Bila melihat mereka dengan kehidupan yang serba sederhana di kampung, seolah-olah kita sedang melihat drama rantaian di TV yang sentiasa indah jalan penceritaannya.


Kucing kesayangan IzOne.....

Namun, Allah S.W.T amat menyayangi keluarga ini. Hari ini 23hb Mei 2017, dugaan lebih besar buat kamu berdua hadapi, Inah dan Shahedy. Permata hati kamu berdua diambil kembali menghadap-Nya dalam sekelip mata. 'Denggi' hanya penyebab. Allah lebih tahu setiap perancangan-Nya. Perancangan Dia jauh lebih baik buat kita hamba-Nya. Bertabahlah kamu suami isteri. Permata hati kamu penghuni syurga abadi...InshaAllah.

Ramai yang mendoakan kebahagiaannya di sana. Kami ibubapa yang se'kasut' dengan kamu berdua tidak akan melupakan IzOne, seorang permata yang baik budi pekerti, pandai mengaji, pandai melaungkan azan, bijak dalam akademiknya.

Di sinilah jenazah 'ahli syurga' ini diuruskan
sebelum disemadikan

Tabahnya seorang ibu.....

Berbahagialah kamu IzOne di sana. Kami juga akan menuruti kamu suatu ketika nanti. Semoga ibubapa mu tabah menghadapi ujian-Nya kali ini. Sedihnya rasa duhai hati......al fatihah


Menangisi bukan erti menyesali...
tapi lebih kepada mendidik hati supaya redha kepada ujian-Nya



0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...