Mereka sangat obsess terhadap IT |
Tidak perlu buang duit, menjimatkan, membantu anak-anak bersosial, tidak secara langsung dapat juga memberikan pendidikan berguna pada perkembangan si anak. Permainan tradisi kita menjadi kebanggaan generasi lampau, namun disebabkan kemajuan IT menyebabkan anak-anak zaman kini tidak berminat untuk menjadikannya sebahagian dari aktiviti seharian. Rata-rata ibubapa kepada anak autisme, mengakui bahawa anak autisme, sangat obsess dengan gadget yang ada di pasaran.
Apa kata kita imbau kembali zaman dulu-dulu. Kanak-kanak ke sana ke mari bermain di halaman rumah. Kekadang kerana leka bermain hingga tidak sedar senja sudah berlabuh, ayam itik sudah masuk reban, mereka masih bermain di halaman. Ibu-ibu di rumah, terpanggil-panggil si anak...."balik, balik hari dah nak malam......"
Permainan Layang-Layang |
Permainan layang-layang biasanya dibuat hasil daya kreatif kanak-kanak itu sendiri. Bukan seperti sekarang, layang- layang banyak dijual di kedai-kedai dengan harga yang murah. Buluh yang telah diraut, kertas warna mahupun kertas suratkhabar lama, benang, gam merupakan bahan utama dalam menghasilkan layang-layang. Sangat mencabar kreativiti seseorang, dimana faktor keseimbangan perlu dititikberatkan bagi menghasilkan layang-layang yang sempurna sebelum berjaya dinaikkan di udara.
Permainan Terompah Gajah/Gergasi |
Permainan Tarik Upih |
Permainan Batu Seremban/Selambut |
Sementara permainan yang ini dinamakan Batu Seremban dan di sesetengah tempat juga dipanggil Batu Selambut. Biasanya lebih digemari oleh kanak-kanak perempuan. Bahan-bahan yang keras seperti guli, biji getah, batu kerikil, batu sungai dan seumpamanya boleh dijadikan 'buah' untuk permainan ini. Diperlukan sebanyak tujuh biji 'buah' kesemuanya. Dimainkan di tempat yang rata seperti di atas permukaan lantai. Secara amnya, permainan ini mengkehendaki si pemain melambung dan menyambut semula 'buah'. Kemudian 'buah-buah' ditimbang untuk mendapatkan jumlah mata. Namun terdapat pelbagai peringkat dari yang paling mudah hinggalah ke peringkat yang lebih sukar bagi menamatkan cabaran bermain Batu Seremban.
Permainan Ketingting |
Permainan Lari Dalam Guni |
Lari Dalam Guni, itulah nama permainannya. Dapatkan guni besar yang biasanya diguna untuk mengisi padi dari sawah untuk dibawa ke kilang (berwarna coklat). Beberapa orang peserta dikehendaki untuk beradu tenaga berlari dengan keadaan menyarungkan guni seperti menyarung kain pelikat. Jika memakai kain pelikat, kaki masih boleh bergerak bebas untuk membuka langkah, tapi berjaga-jaga jika kaki disarung guni kerana kaki kita telah 'terpenjara' dan sukar bergerak bebas. Berlarilah sekuat hati jika mahukan kemenangan. Jika tersilap langkah, jatuh tersembam dibuatnya....hihihi
Permainan Congkak |
Congkaklah antara permainan tradisi yang masih popular dimainkan hingga kini. Harus diingat bahawa congkak ketika zaman dahulu ianya dimainkan hanya berlantaikan tanah. Lubang-lubang dikorek, serta buah yang biasanya digunakan adalah dari biji-biji getah, guli atau buah kabung/kantor yang tua dan berwarna kehitaman. Permainan ini boleh meningkatkan daya fokus seseorang, juga kecekapan dalam pengiraan. Orang dulu-dulu tiada alat kemudahan seperti kalkulator untuk mengira seperti sekarang. Mereka memerah otak untuk mendapatkan jawapan dalam pengiraan mudah.
Permainan Tuju Tin |
Tuju Tin permainan diberi nama. Tin susu sejat/pekat manis yang telah digunakan menjadi bahan utama disamping sebiji bola tenis. Pemain yang ramai diperlukan bersesuaian dengan keluasan kawasan. Pemain dibahagi kepada dua kumpulan. Tin-tin disusun secara membukit oleh Kumpulan A kemudian Kumpulan B dikehendaki menjatuhkan susunan tin-tin dengan menujunya menggunakan bola tenis tadi. Jika susunan tersebut terjatuh, maka ahli Kumpulan A akan cuba mendapatkan bola tersebut untuk 'mematikan' jangkahayat Kumpulan B dengan menuju bola tersebut kepada salah seorang ahli Kumpulan B sebelum 'penuju' tin dan rakan-rakannya tadi berjaya menyusun semula tin-tin tersebut ke bentuk susunan yang asal.
Permainan Tuju Selipar |
Terdapat satu lagi permainan yang kaedah permainannya serupa seperti permainan Tuju Tin iaitu Tuju Selipar. Selipar yang digunakan hendaklah lembut dan nipis supaya tidak sampai mencederakan pemainnya nanti. Perbezaannya hanyalah objek yang dituju adalah tiga belah selipar yang disusun menegak, berdiri menyokong antara satu sama lain. Sementara satu lagi selipar digunakan untuk menuju susunan selipar tadi.
Permainan Timbang Ceper |
Selain yang di atas, terdapat juga permainan Timbang Ceper dimana ianya amat digemari oleh kanak-kanak lelaki. Tidak memerlukan kawasan yang luas. Sekadar kawasan kecil yang rata permukaannya. Lima penutup botol yang diperbuat dari logam diperlukan. Pemain dikehendaki menjentik ceper tersebut supaya mengenai ceper yang satu lagi hingga selesai. Sesudah itu, ditimbang untuk mendapatkan mata. Sangat mudah, tanpa mengeluarkan peluh. Cukup sekadar menggunakan jari jemari kanak-kanak bagi meningkatkan kemahiran motor halus mereka. Amat menjimatkan kerana ceper tersebut amat mudah didapati di mana-mana, terutamanya di belakang restoran mamak!
Permainan Tuju Guli |
yang berjaya dimiliki oleh pemain.
Permainan Gasing |
Mungkin gasing tidak harus dipinggirkan dalam tajuk kali ini. Gasing amat popular di kalangan penduduk Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutamanya. Gasing dimainkan dalam dua cara iaitu menguji ketahanan gasing berpusing atau menguji kekuatan gasing apabila dipangkah. Bahan yang diperlukan antaranya, kayu yang sesuai untuk dibentuk menjadi gasing, besi bagi dijadikan paksi serta tali yang sesuai. Jika kanak-kanak zaman kini berbangga dengan Beybladenya yang dijual di kedai-kedai, kanak-kanak zaman dahulu juga tidak kurang hebatnya kerana berupaya membuat gasing dengan hasil tangan sendiri.
Permainan Konda Kondi |
Konda Kondi, satu lagi permainan yang menjadi kegemaran kanak-kanak zaman dahulu. Memerlukan kawasan yang agak luas, dan boleh disertai oleh beberapa orang pemain. Hanya
memerlukan dua batang kayu, satu darinya berukuran setengah kaki, manakala yang satu lagi berukuran sekaki. Korek sebuah lubang kecil di atas tanah, lalu diletakkan kayu yang pendek tadi merentasi lubang tersebut. Kemudian dengan menggunakan kayu yang panjang, kuiskan kayu pendek tersebut sejauh mana terdaya. Harus dielakkan dari kayu yang dikuis itu dapat disambut oleh pihak lawan sebelum jatuh ke tanah kerana ia akan mematikan jangkahayat pemain itu dan giliran akan bertukar tangan ke pemain yang lain. Mata dikira mengikut jaraknya kayu yang dikuis tadi mendarat dari lubang disukat menggunakan kayu yang berukuran sekaki tadi.
Mampukah kita mengembalikan kegemilangan permainan tradisional di kalangan anak-anak zaman kini? Perkembangan IT yang begitu pesat menjadikan anak-anak kita terperangkap dengan dunianya tersendiri. Kurang melakukan aktiviti fizikal, kurang bergaul, kurang menghasilkan idea kreatif antara kelemahan yang wujud akibat terlalu obsess dengan gadget terkini.
Kepada kanak-kanak autisme, alangkah baik sekiranya kita sebagai ibubapa dapat mengimbangi minat mereka agar berupaya melibatkan diri dengan aktiviti seperti bermain dengan permainan tradisional kita.....bukan perkara mudah sebenarnya, tapi tidak mustahil!
0 comments:
Post a Comment