Sebenarnya, Cara Kerja bukan bidang baru dalam dunia kesihatan. Cuma kita di Malaysia tidak terdedah dengan bidang ini tambahan pula ianya jarang-jarang sekali diperkatakan. Sedangkan ianya telah wujud semenjak era 1700-an lagi dimana sering dikaitkan dengan kerperluan merawat pesakit mental dimana ketika itu pesakit mental biasanya dirantai, digari, ditanggalkan pakaian lalu dipakaikan uniform 'Mad House' tanpa dibuka garinya.
Philipe Pinel |
Kemunculan Philipe Pinel pada tahun 1793, seorang doktor, ahli falsafah dan cendikiawan Peranchis telah merintis kepada pengenalan 'Rawatan Moral dan Cara Kerja' (Moral Treatment And Occupation) bagi membantu pesakit mental. Beliau percaya dengan pemulihan moral dapat membantu merawat emosi golongan ini serta meningkatkan keupayaan mereka bagi menjalankan aktiviti seharian. Beliau juga menyokong penggunaan literasi, muzik, senaman fizikal dan kerja sebagai satu cara untuk penyembuhan emosi.
William Tuke |
Sekitar 1840 - 1860, 'Rawatan Moral Dan Cara Kerja' ini mencapai tahap yang sangat baik dimana ianya juga telah digunapakai di hospital-hospital di Amerika. Seni dan kraf juga telah diperkenalkan untuk menggalakkan serta mewujudkan ketenangan di samping menimbulkan perasaan 'menjadi produktif' di kalangan pesakit.
Namun falsafah Pinel dan Tuke berkubur apabila berlakunya Perang Saudara (The American Civil War) di abad ke 19. Pada awal abad 1900-an, muncul pula seorang jururawat bernama Susan Tracy yang melibatkan diri dalam terapi cara kerja juga melatih bakal jururawat dengan menggunakan terma 'Jururawat Cara Kerja' kepada pelatih yang berjaya menamatkan latihan di bidang ini.
Pendokong utama NSTOP (The National Society For The Promotion Of Occupational Theraphy) |
Kesinambungannya, pada tahun 1914 cadangan penubuhan organisasi yang memperjuangan bidang 'Cara Kerja' dimana akhirnya terlaksana jua apabila pada tanggal 15hb March 1917 'The National Society For The Promotion of Occupational Theraphy' ditubuhkan. Didokongi oleh Eleanor Clarke Slagle (pekerja sosial), George Edward Barton (arkitek kurang upaya), William Rush Dunton (Psychiatrist), Susan Johnson (guru seni/kraf, jururawat), Thomas Kidner (arkitek yang juga bekerja di pusat rehabilitasi tentera), Isabel G.Newton (sebagai setiausaha) dan Susan Tracey (jururawat). Pada tahun 1923, NSTOP diubah namanya sebagai American Occupational Theraphy Association (AOTA) bagi meneruskan perjuangan di bidang berkenaan dari 1920 hingga 1930.
Perkembangan Terapi Cara Kerja Dunia |
'The Great Depression' telah membantutkan perkembangan terapi cara kerja disebabkan kekurangan budget. Namun kemunculan Perang Dunia Ke 2, ahli terapi cara kerja mula digembelingkan tenaga untuk membantu tentera-tentera yang tercedera. Maka gerakan rehabalitasi digerakkan secara besar-besaran dalam tempoh 1940 -1960 bagi membantu mereka yang mengalami kecacatan fizikal juga tekanan emosi kerana peperangan. Teori 'keajaiban rawatan moden' ini telah dapat menyelamatkan banyak pesakit termasuklah pesakit mental, kecederaan tulang belakang, cerebral palsy, kecederaan otak dan sebagainya. Dalam tahun 1958, The Certified Occupational Theraphy Assistant (COTA) ditubuhkan bagi menampung keperluan ahli Terapi Cara Kerja dengan memberikan latihan secara minima sebagai pembantu kepada ahli Terapi Cara Kerja.
Terapi Cara Kerja Bagi Memulihkan Tentera Yang Mengalami Kecederaan Fizikal Mahupun Tekanan Emosi |
Sekitar 1960-an, bidang ini terus berkembang apabila bidang perubatan diinstitusikan maka ahli-ahli Terapi Cara Kerja juga terus diserap ke bahagian pesakit mental, mereka yang mengalami masalah perkembangan supaya dapat melahirkan individu yang produktif dalam masyarakat. Manakala dalam tahun 1980-an hingga 1990-an, bidang ini lebih menumpukan kepada pembinaan kehidupan individu yang berkualiti, termasuk di bidang pendidikan dan kesihatan. Sekian.
0 comments:
Post a Comment