Social Stories..... |
Carol Gray |
'Social Stories' mula diperkenalkan dalam tahun 1990 oleh Carol Gray dari Michigan bekas konsultant yang bergiat aktif dalam ilmu pendidikan khas khusus untuk anak-anak autisme. 'Social Stories' merupakan penerangan ringkas terhadap sesuatu keadaan/aktiviti dengan memasukkan informasi tertentu bagi mendapatkan pemahaman dalam bentuk apa dan mengapa dari 'Social Stories' tersebut. Boleh dihasilkan samada dalam bentuk ayat-ayat ringkas dan tepat atau digabungkan bersama ilustrasi yang menarik.
'Social Stories' boleh diaplikasi dalam skop yang amat luas termasuklah :
1. Meningkatkan kemahiran diri (menggosok gigi, memakai pakaian dll),
kemahiran bersosial (berkongi barang, memberi salam dll) juga
kebolehan akademik.
Contoh : Kebolehan bersosial... |
lain memberi tindakbalas terhadap sesuatu keadaan dan menjadi
contoh untuk mereka ikuti
Contoh : Keperluan ke tandas |
jangkaan seperti berpindah rumah, berlakunya guruh apabila hari
hendak hujan dan sebagainya
Contoh : Berpindah rumah |
Contoh : Mereka juga mampu untuk menjadi seorang teman yang hebat |
seperti bijak mengawal kemarahan, mengawal obsessi dll
Contoh : Mengawal kemarahan |
6. Tidak secara langsung dapat memahamkan masyarakat luar terhadap
perspekif si autisme dalam kehidupan bersosial
Papan tanda juga merupakan salah satu bentuk 'Social Stories' yang bertujuan untuk memberi kefahaman kepada masyarakat terhadap sesuatu keadaan/aktiviti. Namun papan tanda di bawah, tidak 'mesra autisme' kerana ia hanya mengambil kira perspektif masyarakat secara umum. Tafsiran yang diperolehi mungkin berbeza dari perspektif si autisme. Syahmi anak autisme saya, telah mentafsirkan papan tanda ini secara direct dari apa yang diilustrasikan iaitu 'PENCEROBOH AKAN DITEMBAK/DIBUNUH', bukannya didakwa seperti yang tertera di papan tanda. Pada pendapat saya imej di bawah lebih sesuai jika menunjukkan seseorang yang sedang 'digari' bagi menekankan maksud 'didakwa'.
Papan Tanda Juga Social Stories.... |
Oleh itu, 'Social Stories' yang bersesuaian bagi golongan autisme seharusnya dibuat dengan teliti seperti mengambil kira faktor-faktor tertentu termasuklah :
1. Umur dan minat mereka untuk dimanipulasi bagi menghasilkan
'Social Stories' yang boleh menarik perhatian mereka
2. Tentukan tahap pemahaman mereka yang berbeza antara satu
sama lain
3. Menggunakan kata-kata positif dan elakkan perkataan yang
akan menyebabkan golongan ini lebih stress
4. Maksud yang jelas, tiada unsur-unsur kiasan atau abstrak
5. Jika golongan sasar terdiri dari kanak-kanak, sebaiknya
menggunakan konteks ayat dari perspektif gantinama pertama
seperti 'saya' (Saya mencuci tangan sebelum makan)
Mulakan dari sekarang..... |
Ramai yang mengakui konsep ini sangat berkesan dalam memberi kefahaman kepada golongan autisme. Boleh dibuat sendiri di rumah dengan idea kreatif masing-masing, atau dapatkan khidmat Mr Google!!!
0 comments:
Post a Comment