Rakan-rakan..... |
Bertahun di aliran perdana, rakan-rakan ramai yang mengelakkan diri darinya. Bukan benci, bukan menghina, tapi kerana mereka berasa janggal dan pelik dengan perilaku si anak yang berbeza dari rakan yang lain. Malahan, yang mengambil kesempatan untuk membuli pun ada.
Syahmi dan Amin.... |
Syahmi dan Uwais....antara rakan yang paling menonjol kehebatannya. Uwais anak yang bijak .... |
Kalau dulu, si anak hanya terperuk sendirian di tempat duduknya di kelas. Kadang-kala tertidur hingga terpaksa dikejutkan walau ketika guru mengajar. Kalau dulu juga, si anak akan menyusup ke bawah meja jika terjadinya sesuatu yang kurang disenanginya. Sekarang tidak lagi. Si anak telah boleh mengadaptasi apa yang dilihat di persekitarannya untuk menjadi ikutannya.
Inilah antara kelebihan anak autisme yang diletakkan bersama-sama anak tipikal. Mereka mudah belajar dari apa yang dilihat jika dibandingkan dengan pembelajaran secara teori sahaja. Namun, pastikan kita betul-betul memantau rakan-rakan disekelilingnya, kerana ditakuti ada yang cuba memberikan elemen-elemen yang kurang baik seperti mengeluarkan kata-kata kurang enak didengar seperti penggunaan bahasa lucah dan sebagainya.
Syahmi bersama Mustakim....... |
Baru-baru ini anak saya ke sekolah tanpa alat tulis kerana si anak tertinggal 'kotak kalam' di rumah. Alhamdulillah....rakannya yang duduk bersebelahan, Irfan telah sudi meminjamkan penselnya disamping berkongsi pembaris, pemadam dengan rakannya yang istimewa ini. Terima kasih Irfan....Sebenarnya saya memang nampak keserasian Irfan dengan anak saya sejak dari dulu lagi. Irfan memang budak baik yang berbudi pekerti mulia.
Dari Kiri : Syahmi, Amin, Irfan..... |
Semoga ramai lagi insan yang berjiwa seperti Irfan, Amin, Uwais, Mustakim dan lainnya. Menerima rakan istimewa seperti anak saya dengan seadanya. Tahun depan Syahmi akan menyambung persekolahan ke peringkat menengah. Rakan-rakan yang ada kini akan berpecah membawa haluan masing-masing. Mungkin bagi yang memperolehi keputusan cemerlang UPSR, akan berada di sekolah berasrama penuh. Yang pasti rakan baru pula akan ditemui.
Semoga perjalanan kamu seterusnya dipermudahkan-Nya....aamiin
0 comments:
Post a Comment