اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, March 2, 2015

Jumpa Kawan Lama...



Kumpulan 1 (PPKIBP Sek Keb Seri Budiman II -  2009)
Syahmi (duduk kanan sekali) sementara Syakir (berdiri kanan sekali)

Dulu, mereka pernah duduk sekelas, belajar sama-sama walaupun tahap akademik mereka jauh berbeza. Ketika itu Syahmi hanya beberapa bulan di PPKI sementara menunggu masa untuk diinklusifkan ke aliran perdana.


Mungkin sesetengah kita tidak mengetahui bahawa anak-anak di Pendidikan Khas diletakkan mengikut keupayaan akademik. Tidak hairanlah kita melihat mereka berbeza sangat saiz fizikalnya dikumpulkan dalam satu kelas seperti gambar di atas.


Kelmarin, Syahmi terjumpa Abang Syakir teman sekelasnya dulu ketika hendak menuju ke kereta untuk balik ke rumah lepas waktu sekolah. Abang Syakir bersama ayahnya, menunggu adik perempuannya yang juga bersekolah di sekolah Syahmi belajar sekarang. Abang Syakir mengalami ADHD. Usianya telah menjangkau 20 tahun. Telah meninggalkan alam persekolahannya. Saya tidak pasti ke mana arah tuju Abang Syakir seterusnya. Abang Syakir bernasib baik sebab ayahnya dari golongan yang berkemampuan.


Cerita kelmarin, Abang Syakir masih ramah menyapa Syahmi
walau sekian lama  tak jumpa....

Pertemuan singkat, tapi cukup bermakna supaya Syahmi menghargai teman-teman PPKI yang dahulu. Ingatlah, bahawa kamu juga pernah berada di PPKI bersama Abang Syakir dan lain-lainnya. Sekarang Syahmi di aliran perdana, tidak bergaul lagi dengan anak-anak istimewa di Pendidikan Khas.


Abang Syakir  tetap ramah seperti dulu. Ceria, senyum sokmo, selalu menyapa orang lain tanpa malu-malu. Didahului dengan bersalaman antara keduanya. Dicucuk-cucuknya jari telunjuknya ke perut Syahmi yang agak menonjol tanda bergurau agaknya. Penuh dengan pujian..."hensem Syahmi" katanya. Suka sangat dia bila diajak berposing berdua.


Semoga dipermudahkan hidup kamu wahai ahli syurga. Ternyata Abang Syakir amat bertuah kerana mempunyai ibubapa dari kalangan orang baik-baik serta beberapa orang adik beradik perempuan yang sentiasa membantunya. Alhamdulillah.....semoga kita jumpa lagi di masa-masa yang lain Abang Syakir.




0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...