11:33 PM
Masih tersimpan lagi Kad Jemputan ini. Sebagai kenang-kenangan. Untuk tatapan sendiri. 22 tahun sudah, sekejap sahaja rasanya. Memilih warna 'susu' dengan tulisan berwarna emas. Ketika itu, rasanya inilah kad yang paling 'sweet' di pandangan mata ku.
Kini, dikurniakan 2 anak lelaki yang sudah besar panjang, Syahmi dan Syawal. Maka ibu dan ayah hanya pasrah menerima menantu perempuan yang baik hati, beriman hendaknya nanti. Hihihi...berangan jauh nampaknya.
Semoga jodoh kami berpanjangan hendaknya. Aamiin.
0 comments:
Post a Comment