Tengok betul-betul.....bentuknya |
Dulu saya katakan si anak berjalan seperti sengaja dibuat-buat. Pernah juga saya tengok kawan-kawan saya yang mempunyai gaya jalan yang serupa. Atlet pun ada yang berjalan gaya ini. Klik punya klik terjumpalah artikel yang berkisah tentang Banana Feet dengan image yang membuat saya terkedu. Gaya berjalan dengan kaki yang mengarah ke dalam sedikit sama ada sebelah mahupun kedua-dua belah kakinya atau dinamakan In-toeing Gait.
Berbeza dari yang normal |
Bukan diada-adakan, bukan sengaja.....inilah yang dinamakan 'Banana Feet'. Syahmi, anak saya mempunyai masalah kaki seperti ini semenjak dari kecilnya hingga kadang kala mengganggu aktitviti seperti berlari terutamanya. Namun, saya hanya mengambilnya secara sambil lewa sebab di kiri kanan kita ramai juga mereka yang mempunyai gaya berjalan yang serupa. Maka redhalah saya bahawa, "anak ku tidak dilahirkan untuk aktif dalam bersukan".
Tapi bila Hari Sukan sekolah menjelma, rasa sedih dalam senyuman apabila melihat si anak berlari di padang dengan keadaan yang berbeza dari anak-anak yang lain. Sukar bersaing dengan keadaan kaki yang tidak mengizinkan untuk mengatur laju langkahnya. Terima sahaja kekurangan yang ada, setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan yang dijadikan-Nya. Kalau semuanya terbaik, tercantik, terpandai, sempurna segala, maka manusia mudah lupa diri pastinya.
'BANANA FEET' (IN-TOEING GAIT) MENURUT KAJIANNYA TERBAHAGI KEPADA BEBERAPA KEADAAN :
A. METATARSUS ADDUCTUS (Curved Foot)
Dipercayai kedudukan janin di dalam kandungan yang menyebabkan keadaan kaki mengarah ke dalam (inwards) dari bahagian pertengahan kaki hingga ke ibu jari kaki. Dikatakan juga faktor genetik antara yang menjadi penyebabnya. Kebanyakannya kes seumpamanya akan kembali normal secara semulajadi.
Metatarus Adductus |
Clubfoot (CTEV- Congenital Talipes Equinovarus) pula kecacatan yang severe berlaku bila mana bahagian buku lali yang seolah-olah berpusing mengarah ke dalam. Boleh dikesan ketika bayi di dalam kandungan lagi. Sangat memerlukan nasihat dan rawatan dari Pediatric Orthopedist bagi membantu meminimkan kecacatan ini.
Jika tidak dirawat, golongan ini akan berjalan di atas buku lali dan bahagian sisi kaki (bukan tapak kaki).
Clubfoot.....lemah buku lali |
B. TIBIAL TORSION
Kedudukan tibia (pertengahan tulang kaki) di bahagian lutut hingga ke buku lali yang menghala ke dalam (inwards). Kebiasaannya, keadaan ini akan membaik dengan sendirinya tanpa perlu intervensi apabila umur kanak-kanak tersebut meningkat.
Tibial Torsion |
C. FEMORAL TORSION
Kedudukan femur iaitu tulang paha yang menghala ke dalam lalu memberi kesan terhadap keseluruhan kaki. Puncanya tidak diketahui.
Femoral Torsion |
Posisi duduk 'W' |
Kebanyakan kes In-toeing Gait ini tidak memerlukan rawatan khusus untuk pemulihannya kecuali di dalam keadaan severe seperti Clubfoot. Majoriti dari masalah ini akan pulih seiring dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut. Beberapa pemantauan harus dilakukan seperti mencegah kanak-kanak darim posisi duduk 'W'. Begitu juga posisi tidur mereka yang kurang baik seperti tidur seolah bersujud, bersilang kaki dan sebagainya.
'Banana feet' ini juga tiada kaitan dengan masalah neurologi seperti autisme. Namun ia kerap berlaku di kalangan kanak-kanak termasuk anak saya, Syahmi. Alhamdulillah...sekarang keadaan si anak kian pulih walau tidak sepenuhnya.
0 comments:
Post a Comment