Si Dia semasa bayi.... |
Si Dia semakin berisi nampaknya. Dalam usia yang akan menjangkau 11 tahun pada 7hb September nanti, mencatatkan berat badannya seperti timbangan terkini 46kg dengan ketinggian 137cm mula merisaukan kami ibubapanya. Puasa sebulan Ramadhan baru-baru ini membantutkan sedikit kenaikan berat badan Si Dia. Namun, 1 Syawal berhariraya boleh cover semula penurunan tersebut dalam sekelip mata.
7 bulan usianya....... |
Kemudian Si Dia maintain dengan tubuh badan yang sederhana (bukan kurus) hingga ke usianya 3 -5 tahun. Ketika ini Si Dia telah menjarakkan diri dengan susu botol. Mula belajar mengambil pemakanan berat seperti kanak-kanak lain terutamanya beraneka jenis nasi.
Slim sedikit nampaknya....ketika berumur 7 tahun |
Di dalam usianya 6 tahun, Si Dia mula mengalami penyusutan berat badan yang ketara. " Badan ku kurus bukannya kurang makan...." tapi mungkin disebabkan dunia persekolahan yang baru baginya dengan pelbagai aktiviti. Bukan senang anak isimewa bermasalah pembelajaran untuk memaksimakan keupayaan fine motor skills, gross motor skills, daya fokus yang telah ketinggalan dari rakan seusia.
Beberapa tahun menyesuaikan diri dengan suasana persekolahan, Si Dia mula menunjukkan perubahan. Kurang pergantungan dengan ibubapa seperti menyiapkan kerja sekolah sendiri, mendapatkan makanan sendiri di dapur jika tidak dihidangkan, begitu juga aspek pengurusan diri.
9 tahun....dengan penampilan lebih menyakinkan |
Ketika usianya 8 ke 9 tahun, dikira inilah masanya Si Dia memperolehi berat badan yang stabil. Tidak terlalu kurus, sedang-sedang sahaja. Bergaya dipandang apabila memakai, lebih mudah mendapatkan pakaian-pakaian yang berada di pasaran.
Namun, semenjak setahun dua ini Si Dia mula mengalami kenaikan berat badan yang agak ketara. Selera makan yang besar, kurang beriadah, lebih banyak bersama lappynya di rumah. Enggan berjalan-jalan ke luar, lebih merindui aktiviti mayanya di rumah.
Terliur bagi yang melihat ..... lazatttttt! |
Sesuatu harus dilakukan terhadap perkembangan kurang sihat ini. Kesihatannya mesti diutamakan. Berisi bukan bermakna sihat, kurang stamina melakukan kerja, nafas pendek untuk mengalunkan bacaan surah Al Quran antara perubahan yang jelas dikesan semenjak berat badannya meningkat. Ramai kanak-kanak autisme mengalami masalah berat badan semenjak dari kanak-kanak lagi. Seboleh-bolehnya, kami sebagai ibubapa cuba mengelakkan kenaikan berat badannya yang menjadi-jadi . Masih belum terlambat, namun tindakan harus dimulakan dari sekarang!
Enak nampaknya..... |
Perubahan dari tahun ke tahun ....semakin berisi nampaknya.... |
2 comments:
Nice blog here. Nanti saya link dgn my blog. Easier nak baca :)
terima kasih
Post a Comment