Jika hendak meminta sesuatu pada manusia sekali pun, mestilah berhemah caranya. Bukannya main hentam keromo. Apa lagi hendak meminta pada Dia yang Esa. Saya hanya meminjam beberapa ilustrasi yang boleh membuat kita tersenyum lebar. Namun disebaliknya, ambillah ia sebagai iktibar supaya tidak mengambil mudah apabila memunajatkan diri di hadapan-Nya......Berdoalah dengan beradab.
Ini bukan berdoa... menyukat panjang/lebar lagaknya |
Awak tak kisah... saya pun tak ingin (sesama manusia) (Namun Dia Maha Penyayang lagi Maha Mengasihi) |
Kalau ya pun.....janganlah sampai ke tahap ini! |
Relax brother......ngantuk sangat sila beradu di kamar tempatnya |
Bermunajat adalah tanda kesungguhan dan pengharapan kita kepada-Nya. Oleh itu berdoalah dengan bersungguh-sungguh kerana ketika itu kita menghadap Allah SWT tanpa pengantara. Panduan tatacara berdoa iaitu:
a) Niat yang ikhlas kerana Allah SWT
b) Suci, berwuduk serta mengadap kiblat
c) Angkat tangan ke paras dada
d) Rapatkan ke dua-dua belah tapak tangan
Sebaik-baiknya begini! |
e) Sebaiknya duduklah dalam keadaan sopan iaitu duduk iftirash atau duduk
tahiyat akhir (jika mampu). Jika berdiri pula, maka berdirilah dengan betul,
jangan menyandar/bersandar.
Duduk Tahiyat Akhir ( Tawarruk) |
f) Berdoalah dengan kesungguhan dan rasa rendah diri serta menggunakan
bahasa yang difahami kerana Dia Maha Pengasih lagi Maha Mengetahui
luahan hati ikhlas hamba-Nya. Tidak lupa merendahkan suara.
g) Mula dan akhiri doa dengan memuji kebesaran-Nya seperti menyebut
nama-nama yang berkaitan dengan keperluan doa kita misalnya jika
memohon dimurahkan rezeki maka sebutlah nama Allah Ar Razaq disusuli
dengan salawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
h) Didiklah anak-anak kita dari kecil untuk beradab bila berdoa kerana ia
menunjukkan peribadi mulia seseorang.
Doa senjata orang-orang Mukmin |
WALLAHU'ALAM
0 comments:
Post a Comment