اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, July 3, 2013

Johan sekali lagi!



Mengekalkan kemenangan bukan perkara mudah!


                         Akhirnya Muhammad Syahmi Asyraff bin Samsul Muariff diumumkan sekali lagi sebagai juara Tilawah Al Quran bagi kategori (BP Rendah) Lelaki peringkat Daerah Kuala Terengganu 2013. Rasa gembira memang ada, cuma impaknya tak sehebat tahun lepas dimana kali pertama Syahmi menyertai Tilawah Al Quran. Namun dipanjatkan rasa syukur kehadrat-Nya kerana nikmat yang tidak kunjung padam buat anak istimewa kami. Alhamdulillah.....


                          Kelmarin 2hb July 2013 diadakan Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran Pendidikan Khas bagi daerah Kuala Terengganu. Berlangsung di Sek Men Pendidikan Khas (Pendengaran), Chendering, Kuala Terengganu.

Sebagai peserta 1 memperdengarkan bacaan
Surah An Naba

                             Dengan pengalaman yang ada, Syahmi melalui cabaran dengan bersahaja. Lebih relax, tanpa tekanan. Cuma kali ini Syahmi memasuki dua acara iaitu Tilawah dan Hafazan. Syahmi tidak begitu menyerlah dalam acara Hafazan. Hanya memperolehi tempat ke empat dari pesaing lain seramai  13 peserta. In Shaa Allah tahun hadapan kita cuba lagi.


                              Apa yang lebih menggembirakan, Syahmi telah pandai membawa diri. Makan bersama-sama, berbual-bual dan berjalan-jalan sekitar sekolah yang indah lagi permai bersama teman-teman. Tidak lagi hanya bergantung pada si ibu mahupun guru. Inilah yang membuatkan hati saya kembang mekar.


Makan bersama-sama, makan dengan tangan adalah sesuatu
kejayaan bagi Syahmi

Membaca bersama-sama sambil menunggu giliran untuk
diuji dalam acara Hafazan

Lokman dan Syahmi, keduanya murid di SK Seri Budiman II
(Pendidikan Khas), cuma Syahmi dinklusifkan di mainstream


Kejayaan tercipta akhirnya!
                     
                             Perjuangan akan diteruskan untuk mengharungi pemilihan peserta bagi mewakili Negeri Terengganu ke peringkat kebangsaan, iaitu selepas Hari Raya Aidil Fitri nanti. Kita teruskan latihan untuk mendapatkan bacaan yang lebih bermutu....

                             Usaha hingga berjaya!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...