اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, July 18, 2013

Mari Berendam Dengan Epsom Salts....Dikatakan Sesuai Untuk Rawatan Autisme Dan Ekzema


Mari berendam.....

Garam Epsom mengandungi sebatian mineral magnesium dan sulfat dimana kedua-duanya amat mudah diserap ke dalam kulit. Jika dilarutkan di dalam air suam, maka garam epsom akan meningkatkan tahap magnesium ke dalam badan.


Epsom Salts yang dijual di pasaran

Magnesium berperanan sebagai pengawalselia aktiviti enzim, mengurangkan radang dan merehatkan sistem saraf, mengurangkan ketegangan otot, melegakan sakit anggota badan dan terdapat juga pendapat yang mengatakan dapat mencegah pengerasan arteri. Manakala sulfat pula berfungsi dalam meningkatkan nutrien disamping menyahkan toksin. Dipercayai juga dapat melegakan migraine.

                   
Rendaman kaki...

Penggunaan yang disyorkan ialah dengan 2 cawan garam epsom + 15 gallon air. Berendam selama 12 minit, dilakukan 2 hingga 3 kali seminggu (jika untuk mandian kanak-kanak, kurangkan sedikit sukatan garam epsom). Jika hendak melakukan rendaman kaki maka garam epsom yang digunakan hanya 1/2 cawan + air suam secukupnya di dalam bekas yang sederhana besar selama kira-kira 20 minit. Kebiasaannya rendaman kaki bertujuan untuk melegakan keletihan dan sakit di bahagian kaki. Selesai berendam, bilaslah dengan air biasa. Elakkan dari membiarkan garam yang melekit-lekit di badan.( Awas!!! bila dah asyik sangat berendam, jangan terbabas dari jangkamasa yang sepatutnya kerana ditakuti mengalami masalah dehydrate. Begitu juga wanita mengandung kena dapatkan nasihat mereka yang pakar sebelum berendam).


Sebenarnya, aktiviti berendam amat digemari oleh semua. Masih teringat kenangan silam ku,  berjam-jam berendam di sungai hingga tak sedar matahari dah terbenam. Itu dulu, sekarang detik-detik seumpamanya telah lenyap. Sungai-sungai di kampung sudah tidak sejernih dulu. Mari kita pakat berendam di rumah dalam bath tub atau susah-susah sangat beli saja tangki air kegunaan rumah......berendamlah untuk kesihatan keluarga.......
                   
                   
Alternatif  terbaik menggantikan bath tub .....tangki air rumah

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...