Mereka juga mungkin mengalami salah satu, dua, tiga, empat keadaan antaranya (1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. dan 10) |
Mereka di dalam pelbagai keadaan, disamping simptom-simptom autisme yang tersenarai, terdapat juga keadaan-keadaan lain yang sinonim dengan autisme itu sendiri. Mereka juga MUNGKIN mengalami salah satu mahupun dua, tiga, empat dari kemungkinan yang dinyatakan di bawah :
1. Sembelit yang kronik/cirit birit/kembung perut
Masalah pencernaan menyebabkan golongan ini amat mudah mengalami
masalah sembelit, cirit birit, perut kembung yang berkaitan dengannya.
2. Sawan
Golongan ini juga kerap mengalami sawan semenjak dari kecil
mahupun selepas berlaku pertukaran hormon apabila sampai usia
akil baligh. Ujian EEG (electroencephalogram) dapat membantu
mengesahkan mereka yang disuspek mengalami masalah ini.
3. IQ yang rendah
Sebahagian besar mereka mempunyai IQ yang rendah dan ada juga
yang diklasifikasikan sebagai terencat akal. Hanya segelintir sahaja
yang mempunyai IQ normal dan ada juga yang dikategorikan sebagai
genius.
4. Sukar Tidur
Rungutan ibubapa yang menceritakan kerungsingan mereka
terhadap anak-anak yang sukar tidur malam terutamanya. Mereka
yang mengalami masalah sensori biasanya mengalami masalah sukar
tidur.
5. Tonus (tone) otot yang lemah
Keadaan ini menyebabkan pergerakan anak yang terbatas dimana
sukar beraktiviti, cepat letih, lemah keupayaan motor halus dan
sebagainya.
6. Pica
Jarang-jarang sekali kita mendengar autisme yang mengalami masalah
ini. Pica iaitu kecenderungan memakan bahan-bahan bukan makanan seperti
cat, kertas, pasir dan lain-lain. Ia amat membahayakan sistem penghadaman,
tercekik, mudah dijangkiti parasit dan sebagainya.
7. Masalah Integrasi Sensori
Kebanyakan mereka mengalami masalah sensori dimana mereka sangat
sensitif terhadap bunyi, cahaya, rasa, bau, sentuhan dan ada pula yang
sensitif terhadap visual seperti kilat, kerlipan lampu fluorescent sekali pun.
8. Alahan/Imun sistem
Ramai diantara mereka yang mengalami alahan juga imun sistem yang
lemah. Mereka sering mengalami ruam, gastrousus, mudah terkena
jangkitan, keradangan kronik dan seumpamanya.
9. Masalah pendengaran dan visual
Autisme sangat luas skopnya. Tidak terkecuali individu autisme yang juga
mengalami masalah pendengaran dan visual. Walau bagaimanapun, kes-kes
seumpamanya jarang-jarang sekali ditemui. Biasanya masalah pendengaran/
visual terlebih dahulu dikenalpasti sehingga menyebabkan pihak-pihak
tertentu terlepas pandang terhadap wujudnya simptom-simptom autisme
yang biasanya lewat menampakkan kelainannya iaitu di usia 3 tahun.
10. Daya Tahan Kesakitan
Terdapat juga di kalangan autisme mengalami keadaan tidak sensitif
terhadap kesakitan, manakala segelintirnya pula terlampau sensitif
pada kesakitan.
Tiap masalah, ada jalan penyelesaiannya. Cuma kita manusia harus berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada-Nya. Biar perlahan-lahan menuai hasil, asalkan ia memberi kepuasan serta mengajar erti kesyukuran yang tidak terhingga akan anugerah-Nya.
Ya Allah... Semoga Kamu berkatilah perjalanan kami ibubapa kepada anak-anak autisme sekaliannya dalam membesarkan anak syurga ini...aamiin
0 comments:
Post a Comment