Kita akan berasa pelik kenapa anak-anak autisme ramai yang mengalami kesukaran untuk menulis, mengenakan butang, mengayuh basikal seperti individu lain. Mereka menolak untuk beraktiviti kerana ia merupakan suatu yang difikirkan sebagai kesukaran bagi mereka.
Tahukah anda? |
Hakikat sebenar, autisme juga boleh menunjukkan keadaan tonus otot (tone) yang lemah serta masalah koordinasi yang menyebabkan kesukaran mereka untuk melakukan aktiviti seperti individu normal yang lain. Antara kesan-kesan dari permasalahan ini termasuklah :
* Lemah untuk mengekalkan stamina dalam beraktiviti
- Kurang tahan dengan aktiviti fizikal yang memerlukan
ketahanan stamina yang berterusan
- Mudah letih
- Nampak kekok dan mudah hilang fokus
* Masalah keseimbangan (tidak matang)
- Bermasalah dalam menunggang basikal
- Kesukaran untuk mengendalikan buaian sendirian
* Nampak kekok
- Tersandung kaki
- Terjatuh barang di tangan
* Kesukaran menyesuaikan diri dalam proprioception (keupayaan
berkoordinasi,keterampilan,kekuatan,kelenturan,kecepatan dan
kemampuan menerima rangsangan)
- Berdiri terlalu hampir dengan individu lain
- Tidak memahami tindakan seperti handflapping
menimbulkan kurang senang pada individu lain
* Enggan menyertai aktiviti berpasukan
- Memilih aktiviti seperti berenang, berbasikal
- Permainan berpasukan menyebabkan mereka gelisah
* Lewat perkembangan dalam keupayaan motor halus
- Sukar menulis, menggunting dengan hasil yang tidak setara
dengan umur
- Sukar mengikat tali kasut, mengenakan butang dan sebagainya
* Motor planning yang lemah
- Sukar merancang dalam menyudahkan arahan berbentuk
fizikal seperti menuang air
- Cuba memegang semua alatan dalam satu masa
* Kesukaran melakukan pergerakan menggunakan tangan
yang melampaui garispusat tubuh
- Menghayun racket, bat dan sebagainya
* Sukar mengajuk
- Sukar meniru gaya/lagak individu lain
Pernahkah anda menyedari tentang masalah ini berlaku pada anak autisme masing-masing? Kita sering bertanya-tanya mengapa mereka enggan bersukan, mereka juga enggan beraktiviti seperti rakan seusia. Mereka perlu dibantu untuk mengatasi tonus (tone) otot yang lemah dan berkoordinasi iaitu melalui intervensi di awal usia.
Yakinlah, mereka juga boleh melakukannya seperti insan normal yang lain. InsyaAllah....
0 comments:
Post a Comment