اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, October 30, 2013

Generalised Hypermobiliti Joints di Kalangan Autisme


Hakikatnya masalah Generalised Hypermobiliti Joints (GHJ) berlaku disebabkan beberapa faktor. Antaranya disebabkan masalah struktur kollagen individu, proprioception namun bagi kebanyakan individu autisme mengalami masalah hypermobiliti joint disebabkan tonus otot yang lemah (hypotonia). GHJ sering berlaku di kalangan mereka yang mengalami masalah lewat perkembangan seperti autisme juga keabnormalan kromosom iaitu di kalangan Down Syndrome.


Keadaan jari yang mengalami
Hypermobiliti Joints
GHJ merupakan keadaan dimana bahagian sendi individu tertentu yang mengalami tisu penghubung yang lebih fleksible dari biasa. Jika yang tipikal boleh meluruskan jari, lutut dan siku hingga 180 darjah, namun bagi golongan GHJ kemampuan mereka boleh melebihi dari itu hingga kelihatan bahagian yang terlibat melengkung ke belakang.


Untuk pengetahuan, terdapat permasalahan yang seakan-akan sama berpunca dari faktor genetik dimana berhubungkait juga dengan masalah tisu penghubung yang menyebabkan sendi berada dalam ketidakseimbangan iaitu Ehlers Danlos Disorder, Osteogenesis Imperfecta dan Marfan Syndrome.


Namun, post saya kali ini hanyalah  berkaitan dengan GHJ. Beberapa keadaan yang biasanya menunjukkan  individu tertentu mengalami GHJ termasuklah :


Ibu jari yang boleh dibengkokkan
hingga menyentuh lengan
Kaki membengkok ke belakang
apabila melibatkan sendi di bahagian lutut
Jari yang boleh dibengkokkan ke
belakang melebihi 90 darjah

Melibatkan bahagian siku hingga menghasilkan
 keadaan tangan yang membengkok sebegini

'Flat feet'


Jika mengesyaki sesuatu kelainan terhadap perkembangan anak-anak, sebaiknya berjumpalah mereka yang pakar bagi mendapatkan penilaian yang tepat.  Pakar kanak-kanak mahupun Physiotherapist boleh memberi nasihat yang sesuai seperti mengesyorkan golongan ini untuk menjalani 'exercise programme' bagi meningkatkan kekuatan otot dan sebagainya.


Hal-hal seperti ini, biasanya kita pandang remeh. Si anak akan diperlekeh, dimarah kerana tidak dapat mencapai tahap tertentu dalam beraktiviti.  Sedangkan kita tidak mengetahui permasalahan sebenar yang dihadapi oleh si anak. Bantulah mereka dengan bertindak dari sekarang!
             

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...