Buli didefinasikan sebagai perlakuan negatif yang ditujukan kepada seseorang yang sukar/tidak berupaya untuk mempertahankan diri, perlakuan berulang-ulang, menunjukkan ketidakseimbangan kuasa seseorang terhadap individu yang lain. Melalui definasi ini kita sedia maklum bahawa golongan autisme, amat mudah menjadi mangsa buli kerana kelainan yang ada pada mereka di kalangan masyarakat.
Kelemahan dari segi pertuturan, gaya pemikiran yang 'rigid' (lurus), kesukaran mentafsir riak muka dan sebagainya wujud disebalik penampilan mereka yang sempurna. Kekurangan yang ada memudahkan mereka untuk dijadikan 'kambung hitam' bila dibicarakan.
Buli terbahagi kepada 6 jenis iaitu :
Sentuhan fizikal |
hingga mencederakan mangsa
Penggunaan perkataan yang kurang sopan |
mempersendakan melalui kata-kata kurang sopan yang
yang melibatkan agama, bangsa, penampilan, status sosio-
ekonomi dan sebagainya
Berniat untuk memburukkan orang lain |
kesan buruk.
Mangsa terasing dalam diam |
pengasingan sosial : mengasingkan seseorang di dalam kumpulan dengan cara
menyebarkan khabar angin, kelemahan si mangsa
Buli zaman kini .. lebih pantas |
menghantar, gambar, message dan seumpamanya
Kaedah menakut-nakutkan... hehehe |
(ugut/gertak) : menggunakan kaedah ugutan, gertak bagi menakut-nakutkan si
mangsa
Namun disebabkan kelalaian masyarakat sekeliling, kejadian 'bunga-bunga' kepada kes buli tidak diambil peduli hinggalah ia menjadi serius. Kecederaan mahupun kehilangan nyawa seseorang, menyebabkan semua pihak tersintak lalu menuding jari antara satu sama lain. Kejadian buli biasanya kombinasi dari watak-watak tertentu dengan peranan masing-masing seperti yang diperjelaskan oleh gambar rajah di bawah.
Kitaran Buli |
A - Pembuli
B - Pengikut biasanya mereka yang menjadi faktor penggalak kepada
pembuli
C - Tukang sorok kepada kejadian
D - Penyokong dalam diam
E - Tidak menyokong tetapi tidak juga membantu mengekang kejadian
F - Tidak suka pada kejadian tersebut tapi tidak tahu ke mana untuk
dilaporkan kejadian
G - Golongan yang cuba membantu mangsa, sama-sama menentang
pembuli dan sekutunya
H - Mangsa
I - Pihak yang berkuasa
Buli boleh dielakkan dengan keprihatinan setiap lapisan masyarakat. Pembuli biasanya melakukan gejala negatif ini secara seronok-seronok. Kebanyakan mereka berlatarbelakang dari keluarga yang bermasalah. Mungkin tindakan mereka itu sebagai salah satu cara untuk mendapatkan perhatian atau menunjukkan kekuatan pada rakan sekeliling.
Kepada ibubapa yang mempunyai anak autisme, kita kena lebih berwaspada pada persekitaran anak-anak terutamanya di sekolah. Guru-guru tidak dapat mengawasi mereka sepanjang masa. Biar tebal muka naik turun tangga bertemu guru-guru bertanyakan keadaan si anak di sekolah, berbual-bual merisik khabar dari rakan-rakan si anak yang terdekat, supaya nasi tidak menjadi bubur.
Semoga mereka sentiasa mendapat perlindungan-Nya dari bentuk penganiayaan ini, aamiin.....
2 comments:
Sedih takut dan risau memikirkan nasib anak2 kita ni. Dah la semalam baca dalam newspaper pasal anak2 oku kembar kurang upaya fizikal dan otak yang ditingggalkan di rumah kebajikan. Sebab mak ayah tak mampu dan terpaksa kerja jauh. Harapkan pagar... pagar makan padi. Luluh mak ayah dapat tau anak kena pukul dan kena liwat. Saya yang membaca pun rasa marah sangat. Dibuli oleh rakan sebaya tu kita faham lagi sebab kanak2 juga. Tapi kalau orang dewasa???
Buli sana sini terutama di sekolah...kalau dulu,elit kelas tak ada yg nakal dan kaki buli. Skrg tidak lagi....yg bijak2 ni pun ada yg kaki buli....yg kelas bawah2 nun...tak payah ceritalah. Yg perempuan pun ada yg kaki buli, sedangkan baru setahun jagung umurnya...apatah lagi jika yg membuli di kalangan mereka yg lebih dewasa....seram kita bila memikirkan anak syurga kita dlm menghadapi masa depannya..semoga dipermudahkan-Nya
Post a Comment