Sebagai permulaannya, ingin saya memperbetulkan sebutan kita yang tidak menguasai penggunaan Bahasa Mandarin yang betul bagi ucapan 'Gong Xi Fa Chai'. Kebiasaannya kita akan menyebut Gong sebagaimana sebutan dalam Bahasa Melayu....sedangkan dalam Bahasa Mandarin 'G' harus dibunyikan seperti huruf 'K'. Oleh sebab itu kita akan mendengar orang Cina menyebut 'Kong Xi Fa Chai' walaupun ejaannya Gong Xi Fa Chai'. Ada beberapa lagi huruf yang mempunyai sebutan yang berbeza sebagaimana huruf 'G' tadi. Contohnya 'Beijing' dimana huruf 'B' haruslah dibunyikan sebagai 'P' maka bunyi yang sebetulnya ialah 'Peijing'. Ini hanya sekadar berkongsi ilmu pegetahuan sesama kita....walaupun ilmu saya juga tidak setinggi mana.
Bagi menghargai negara kita yang terdiri dari masyarakat berbilang kaum...apa salahnya pada kali ini kita bercerita tentang Tahun Baru Cina yang akan disambut pada 23hb January 2012 nanti. Menurut kalendar masyarakat Cina, tahun ini merupakan tahun NAGA....dan semestilah bagi masyarakat Cina mereka mengharapkan kedudukan ekonomi yang lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya.
Dalam memperkatakan masyarakat Cina....mereka amat prihatin untuk memperjuangkan hak-hak golongan Orang Kelainan Upaya seperti menawarkan khidmat sukarela terhadap organisasi -organisasi kebajikan. Mereka juga berjaya mencungkil bakat-bakat anak istimewa mereka seperti kejayaan anak autistic bernama Adik Ping Lian Yeak hingga menjadi seorang savant artist yang mampu meraih ribuan ringgit hanya dengan menjual hasil lukisan 'Masjid Ubudiah' dengan harga RM100,000-00 pada tahun 2004 ketika umurnya 11 tahun........wow hebatnya!
Bagi Syahmi, walaupun melukis bukan kegemarannya...mungkin ada keistimewaan lain seperti kehebatanya dalam pengendalian perisian komputer menjadi kelebihannya. Seharusnyalah Syahmi diberikan peluang seluas-luasnya untuk mendalami kelebihannya itu. Semoga Syahmi berjaya juga suatu hari nanti, InsyaAllah.....Mencontohi perkara-perkara positif dari bangsa lain tiada menjadi kesalahan....yang penting kita belajar dari kesilapan lalu.
|
Saya suka....semua orang suka! |
Berbalik kepada Tahun Baru Cina nanti, bagi Syahmi memang perayaan ini ditunggu-tunggu kerana 'ang pow' merah menjadi lumrah diterima dari sahabat-sahabat ayah berbangsa Cina. Harus diingat bahawa masyarakat Cina di Terengganu khususnya, adalah sangat toleran dengan bangsa Melayu. Mereka boleh bercakap dalam dialek Terengganu dengan fasih sekali...dan yang lebih dihargai ialah setiap kali Tahun Baru Cina mereka akan menyediakan makanan yang dikendalikan oleh pengusaha makanan Melayu seperti menu Nasi Dagang, Nasi Kuning, Nasi Minyak dan sebagainya. Jadi kita tidak berasa was-was untuk menikmati hidangannya kerana pinggan mangkuk yang digunakan juga disediakan oleh pengusaha Melayu tersebut. Ini mungkin disebabkan masyarakat Cina di sini adalah golongan minoriti dimana mereka sering bergaul dan telah memahami konsep makanan halal yang diterima oleh masyarakat Islam.
|
Banyak sangat dimakan.....tentu perit tekak dibuatnya! |
Limau mandarin adalah buah tangan yang pasti dijadikan pilihan oleh teman-teman ayah yang berbangsa Cina untuk tetamu pada Tahun Baru Cina mahupun dihantar terus ke rumah seminggu sebelum menjelangnya perayaan tersebut. Terlalu banyak memakannya boleh jadi perit di bahagian tekak....hati-hati ya! Namun kebaikannya dapat melawaskan usus kita. Mudah dan lega rasanya kalau keluar dari tandas. Tidak perlu bekerja keras....Maaf! jika ada yang tersinggung.....Kalau dah dapat free, kita munafaatkan pemberian orang....setahun sekali bukan sepanjang tahun. Hamper juga antara buah tangan yang menjadi pilihan masyarakat Cina untuk diberikan kepada teman-teman rapat biasanya. Walaupun melibatkan kos yang agak tinggi tetapi memang masyarakat Cina sanggup berhabisan untuk menyambut Tahun Barunya setelah berpenat lelah meningkatkan ekonomi keluarga di sepanjang tahun. Konsep ini agak berbeza dengan masyarakat Islam dimana kita digalakkan untuk bersederhana dalam segala hal.
|
Hamper
|
Yang paling penting, dalam menyambut perayaan Tahun Baru Cina ini ialah ingatan yang abadi kami kepada Teacher Ling Hua Leng yang suatu ketika dulu berkhidmat di Sek Keb Seri Budiman II (Pendidikan Khas), Kuala Terengganu. Walaupun tugasnya hanya memantau dari jauh perkembangan Syahmi di aliran perdana, namun beliau sentiasa ada untuk membina kekuatan Syahmi ketika mula-mula menduduki kelas di aliran perdana . Tidak mengira masa beliau sentiasa berada di belakang Syahmi untuk memberi moral support terhadap perkembangan anak ini dan sentiasa mendapatkan feed back dari guru-guru biasa di aliran perdana.
|
Kenangan Bersama Teacher Ling |
Walaupun dia sudah tiada lagi bersama kami kerana telah berpindah ke sekolah lain... hanya seikhlas ingatan dan harapan agar beliau berjaya dalam kariernya.
0 comments:
Post a Comment