Ibu, during pregnancy |
Jalan-jalan apa dicari,
Kantung kosong kerana si dara;
Sembilan bulan sepuluh hari,
Menghitung masa kelahiran putera.
Baby Syahmi |
Menjerat merpati terjerat tempua,
Sedih di hati membuang masa ;
Lahirnya 7 September 2002,
Syahmi Asyraff anugerah yang Esa.
Leka bermain ni |
Besarnya jasa ayah dan bonda,
Sanggup berkorban harta dan nyawa;
Setahun dua tiada tanda,
Bahawa putera anak istimewa.
Main sendirian Syahmi? |
Masuk lokap sebentar hanya;
Main sendirian lebih digemari,
Objek berpusing itu minatnya.
3 years old birthday |
Planet bumi didiami manusia
Tiada kata tiada bicara,
Lagak sama anak yang seusia.
Ketika 4 tahun usianya |
Bawa payung merata-rata,
Sebelum hujan mesti disedia,
Tidak hyper dan mendengar kata,
Sedikit kelainan membezakan dia.
Semoga berjaya! |
Berasa lelah duduk di tanah;
Anak autistic anak istimewa,
Anugerah Allah jadi amanah.
Walau tak setara Saudara Chuari Selamat, cukuplah sekadar mengubah selera. Biasa bekerja dengan figure tapi hari ini berubah ke bidang seni ....ada yang tersirat di sebalik tersurat..
0 comments:
Post a Comment