اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, January 31, 2012

Lagi-lagi Tayar........

Nak jadi mekanik! 
               Enam tujuh tahun yang lalu saya ingatkan anak saya minat sangat nak jadi mekanik membaiki kenderaan sebab terlalu 'asyik' memerhati tayar kenderaan permainannya berpusing. Anak-anak lain bermain dengan menunggang ke hulu ke hilir permainan tersebut, tapi Syahmi lain benar reaksinya dimana dia lebih suka memerhatikan sahaja pergerakan tayar kenderaan mainannya.  

                                       
Suka tengok tram bukan menaikinya sebab nak
tengok tayarnya berpusing

Syahmi dengan trolly Atok di kampung!
 
      Pernah suatu ketika, Syahmi menangis-nangis nak bawa balik ke Kuala Terengganu 'trolly' Atok angkat barang berat di kampung. Atok pun tidak memahami  keadaan cucu yang  mempunyai citarasa sebegini!
   

     Kalau kita kurang pengetahuan dalam sesuatu bidang....beginilah jadinya dimana anak saya Syahmi telah didiagnose autisme lewat iaitu ketika  usianya menjangkau 5 tahun. Walaupun Syahmi telah menunjukkan symptom-symptom  autisme semenjak usia 2 tahun lagi. Pengajaran dari kesilapan saya ini,  kita sebagai ibubapa harus lebih peka terhadap perkembangan anak-anak. Jika wujud sesuatu yang berkelainan dari yang biasa, maka haruslah dibawa kepada pihak yang berkepakaran untuk mendapat pengesahan lanjut.


Seperti biasa minatnya masih pada objek bertayar 

     Bila meningkat usianya, minat terhadap tayar kenderaan berpusing kian pudar. Bila ditanya kenapa dulu Syahmi berminat dengat objek berpusing especially tayar kenderaan...jawabnya "entah, tak tahu". Kalau Syahmi tak tahu, ayah berganda-ganda lagi tidak memahami mengapa insan seperti kamu amat 'asyik' dengan tayar berpusing. Hanya insan-insan sepertinya yang mengetahui rahsia Allah ini........


Kini minatnya terhadap tayar berpusing
 tinggal 'sikit-sikit' katanya!

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...