اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, January 25, 2012

Tantrum Si Anak Autistic



Kecil punya hal pun marah, besar punya hal tentunya lagi mengundang kemarahan. Mereka yang sebegini boleh dikategorikan sebagai  'panas baran' namanya. Cepat 'naik angin' tanpa kawalan kerana terlalu mengikut nafsu amarahnya. Semoga kita dijauhkan dari sifat-sifat sebegini. Sebagai umat Islam, berzikir adalah ubat yang mujarab serta amat dianjurkan oleh agama untuk kita amalkan bagi ketenangan hati dan nurani.

Berlainan pula dengan insan autistic yang memang sinonim dengan TANTRUM  dimana luapan kemarahan yang tidak boleh dibendung-bendung sekira kemahuannya tidak dipenuhi mahupun sesuatu yang menjadi kesayangannya dikacauganggu. Reaksi golongan ini  untuk melepaskan tantrumnya ialah seperti menangis, menjerit-jerit, menendang-nendang , menghentak kepala ke dinding walaupun hingga mencederakan mereka. Inilah antara cara untuk mereka meluahan kekecewaan  terutamanya bagi yang masih tidak boleh bertutur untuk meluahkan perasaan mereka.

Screaming Syahmi!

Syahmi juga tidak terkecuali  dalam permasalahan ini. Cuma situasi ini jarang sangat dapat saya rakam kerana biasanya saya suami isteri cuba tidak  akan membiarkan 'adegan' yang paling dielakkan ini untuk ditontoni  terutamanya di khalayak ramai terjadi. Biasalah.... kita sebagai hamba Allah yang lemah ada juga perasaan malu apabila orang ramai memandang keadaan anak kita yang memberi reaksi berlebihan....dan ada kalanya mereka di luar sana yang 'bersoseh-soseh' serta ditambah dengan pandangan 'kejamnya' terhadap anugerahNya ini.

Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana anak saya Syahmi tidak melakukan aksi sehingga mencederakan diri seperti sesetengah anak-anak isimewa kita. Faktor ini mungkin disebabkan Syahmi telah boleh bercakap dan bisa meluahkan perasaan kecewanya melalui kata-kata. Jadi, kaki dan tangan kurang memainkan peranan cuma jeritan, bebelan dan tangisan menjadi senjata untuk mempertahankan diri.


Syahmi sedang beraksi!
Contohnya seperti photo di atas dimana saya sempat merakamkannya di sekolah ketika sambutan Hariraya Aidil Fitri tahun 2011. Syahmi kurang berpuashati kerana tidak dapat pulang ke rumah awal seperti kebanyakan murid kelas lain yang telah pulang ke rumah masing-masing  walaupun loceng akhir belum dibunyikan. Sedangkan, guru kelasnya ketika itu tidak membenarkan  murid-muridnya pulang awal dari biasa dan kena menunggu hingga loceng berbunyi.


Dalam cuaca yang panas serta berbaju Melayu berkancing hingga ke leher, memang menyumbang kepada tantrum terhadap anak ku Syahmi! Inilah adegan yang dapat dilihat, tapi cepat reda setelah dipujuk, tengok pula gambar yang seterusnya. Siap dengan isyarat tangan 'thumbs down' lagi. Maknanya kecewa yang teramat sangatlah tu, belum kecewa bercinta lagi? hehehe...

Thumbs down!

Begitulah Syahmi sama seperti anak-anak autistic yang lain, tantrum tetap ada walaupun dalam kebanyakan hal Syahmi telah mula menampakkan perubahan yang lebih baik. Cuma tantrumnya akan cepat reda sekiranya betul dengan cara kita menanganinya. Semoga  masyarakat sekeliling faham mengapakah tantrum berlaku di kalangan anak-anak autistic. Fahamilah mereka wahai abang, kakak, sepupu, kawan, guru dan insan-insan lain yang berada di persekitaran mereka.

Jangan lupa pulak ya...TANTRUM ITU BERBEZA DENGAN MELTDOWN. Keadaan Syahmi di atas boleh dikategorikan dalam tantrum bukan meltdown. Tantrum si autistic jika tidak dikawal, akan cuba memanipulasi kita ibubapanya supaya menurut kemahuannya dalam apa jua keadaan. Jadi, ibubapa kena bijak menanganinya...
 


   

2 comments:

Pak Yoep said...

Tidak terkecuali Faqihah..tapi sekarang amat berkurang tingkah-laku tersebut.

Smsaroni said...

Nampaknya memang lama2 dah makin berkurangan....boleh dipujuk...akhirnya boleh gelak lagi berdekah2 bila reda tantrumnya...itu yg tak jadi nak marah kita dibuatnya bila tgk dia senyum...InsyaAllah lama2 berubah ler sepenuhnya anak2 kita Pak Yeop..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...