|
Syahmi dan Aqeel Azhar rakan sebayanya |
Hari ini 26hb January 2012 jam 8.30 am, Syahmi telah menyertai Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah sejauh 3km. Matlamat saya supaya Syahmi dapat membiasakan diri dengan aktiviti yang melibatkan warga sekolah serta membina tahap kecergasan Syahmi. Sebelum ini Syahmi banyak menghabiskan masa dengan laptopnya di rumah.....tiada senaman dan amat kurang melakukan riadah.
|
Dimulakan dengan aktiviti regangan |
Memang saya agak risau tentang keselamatannnya terutama kesihatannya memandangkan Syahmi bertubuh gempal. Mungkin acara ini menjadi kejutan bagi dirinya untuk menyahut cabaran merentas desa sejauh beberapa kilometre....orang dewasa pun 'semput' nak menamatkannya. Tidak percaya? Ayuh kita sama-sama mencubanya....
|
Perjalanan Menyusuri Taliair |
|
Lagi 200 m ke garisan penamat |
Alhamdulillah....akhirnya sampai juga anak ku ke destinasi walaupun muka dah merah padam dengan cuaca panas. Perjalanan memakan masa kira-kira sejam dengan laluan desa yang menyegarkan. Menyusuri taliair yang diliputi kiambang dan keladi buntingnya...serta sesekali ikan-ikan haruan meloncat-loncat kegirangan mungkin disebabkan ternampak kelibatnya anak-anak sekolah berlari merentas desa agaknya!
|
Besar nombor ni Syahmi! |
Setelah penat bermandi peluh di bawah cahaya matahari, Syahmi telah didaftarkan sebagai peserta yang ke 32 sampai ke garisan penamat bagi kategori Lelaki Thn 4 dan dikira telah menyumbangkan 1 mata untuk Rumah Kuning. Tidak sia-sia Syahmi mengeluarkan peluh dalam Kejohanan Merentas Desa 2012....sekurang-kurangnya Syahmi menjadi penyumbang 1 mata kepada kejayaan Rumah Kuning yang menjadi juara bagi acara Merentas Desa pada kali ini. Syabas! Lain kali kena jogging lebih sikit untuk mengecilkan no 32 yang diperolehi tadi.
|
Syabas Rumah Kuning! |
|
Hadiah kepada yang menang |
Bukan hadiah jadi ukuran, tapi kemahuan dan keazaman kamu untuk menamatkan perlumbaan yang ayah dan ibu banggakan....jika dipanjangkan umur tahun depan Syahmi cuba lagi!
0 comments:
Post a Comment