اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Sunday, January 22, 2012

Syahmi Yang Dulu Dan Sekarang

    Masa sangat pantas berlalu......dengan komitmen terhadap karier, menguruskan keluarga dan sebagainya membuatkan kita menjadi pemburu masa. Kalau dulu muka licin bersih...segar bugar tapi sekarang banyak titik-titik hitam yang membayangkan kematangan ....apatah lagi dengan garis-garis kedutan yang kian nyata kelihatan. Tidak perlu pada botox ....tidak perlu segala perubatan moden kerana kewujudannya adalah tanda peringatan yang dikurniakan kepada kita sebagai hambaNya supaya memperbanyakkan bekalan untuk ke sana nanti.


Mulut Berpayung!
     Dulu Syahmi seperti bayi-bayi lain membesar seperti kanak-kanak normal. Perkembangannya amat meyenangkan hati...pipi yang tembam, ceria dan tidak banyak kerenah. Cuma dia cepat berhenti menyusu botol iaitu ketika usianya 16 bulan. Bukan sengaja nak memberhentikannya, tapi memang Syahmi menolaknya bila disuap ke mulut. Namun kami gantikannya dengan produk tenusu yang lain...tetapi ia agak merisaukan kami takut pertumbuhannya terganggu.


  Dulu Syahmi juga tidak boleh bercakap walaupun usianya telah menjangkau 3 tahun setengah cuma terdapat bunyi-bunyi seperti ceeee...kalau nampak lori dan bas  serta  kemudiannya boleh memanggil ayah dengan agak jelas. Dan suatu ketika kami dalam perjalanan balik ke kampung....terdengar juga perkataan yang amat menggelikan hati tiba-tiba terpacul dari mulutnya iaitu 'senyap mu' ketika dia marah sebab kami yang lain berbuat bising bergelak ketawa semasa di dalam kereta. Setelah peristiwa itu kami telah mula mendengar perkataan-perkataan baru dari mulutnya selari dengan peningkatan usianya.


Uniform sekolah ini masih tersimpan buat kenangan
       Dulu Syahmi menangis ke sekolah tidak henti-henti bikin semua guru panik. Seminggu belajar di Tadika St Teresa, Kuala Terengganu telah mengubah segalanya dalam hakikat kehidupan.  Di sana kami telah dicadangkan oleh guru-guru berpengalaman supaya membuat pemeriksaan doktor pakar kerana kelainan yang ada padanya berbanding dengan rakan yang lain. Akhirnya keputusannya diperolehi bahawa memang hakikatnya Syahmi adalah penghidap autisme.


  Itu cerita dulu.....Syahmi juga telah mengalami  banyak perubahan. Sekarang dia sudah boleh bercakap seperti kita insan normal lain walaupun bunyinya kedengaran agak berbeza kerana menngunakan bahasa baku. Cuma sekali sekala dia diajar untuk menggunakan dialek tempatan(Terengganu kita) mahupun dialek orang kampung kami di Perak.


Tutup telinga kerana takut 

    Sekarang juga Syahmi tidak lagi takut pada bunyi-bunyi melampau seperti dentuman mercun dan mesin kelapa dan sebagainya. Tiada lagi aksi tutup telinga seperti dulu-dulu. Memang sukar dipercayai oleh insan biasa terhadap reaksi sepontannya dengan bunyi-bunyi melampau  ini tetapi itulah hakikatnya. Kebanyakan anak autistik akan memperlihatkan aksi yang serupa bila berhadapan dengan bunyi-bunyi yang kurang disenanginya.



Senyum Sokmo! 
  Sekarang, Syahmi juga boleh belajar sama seperti anak-anak normal lain dan melalui pengalaman yang sama seperti anak-anak sebayanya. Syahmi juga boleh menjawab soalan exam seperti yang lain dan mendapat keputusan yang baik walaupun bukan yang terbaik dalam kelasnya. Cukuplah dikhabarkan bahawa setakat ini Syahmi mendapat pangkat A dalam kebanyakan subjek.



Ombak di hati hanya Dia yang mengetahui
    Sekarang...tiada lagi ombak di hati ayah dan ibu untuk meragui AnugerahNya ini. Kerana kami yakin ujian Allah diberi kepada umatnya yang berkemampuan untuk menerimanya. Ibu dan ayah bangga dengan kamu Syahmi!





    


    



   

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum..

en.syamsul..dulu syahmi langsung x berkate2 ke?kalau arahan yg kite berikan adakah syahmi faham?anak saya dah mula keluarkan patah2 perkataan...contoh ambik jadi amik..bye..buang...tapi nampaknye die kurang faham ttg arahan...contohnye buang pampers die boleh faham...tapi bile disuruh cabut baju dibuangnye juga baju tu sekali...plus anak saya ni nampak hyper...susah utk die duduk diam...

Smsaroni said...

Syahmi mula berkata2 ketika umurnya 4 tahun lebih....x pelat malahan berbahasa baku...x hyper cuma byk dlm dunianya sendiri...saya pun lewat bawa dia pergi ke hospital utk didiagnose...saya x sangka dia autisma. Cuma kelewatan bercakap mmg ketara jika dibandingkan dgn budak seusia....budak autisma kena diberi arahan dgn jelas...jgn laju sgt bercakap...tentu dia lambat nak faham...Kalau anak puan/tuan dah mula berkata2...alhamdulillah itu tanda positif utk terus maju dlm pertuturan...jgn putus asa early intervention sgt perlu!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...