Ada orang panggil ibu, ada pula yang panggil emak dan ada juga yang panggil mama, panggilan ummi pun sedap didengar, semuanya ialah panggilan kita kepada seorang wanita yang melahirkan kita. Ada juga wanita yang tidak melahirkan kita, turut dipanggil ibu, ibu angkat, ibu mertua dan sebagainya. Pokoknya ibu dikedudukan teristimewa di hati kita.
Inilah Ibu Syahmi |
Suatu ketika, ibu pernah bergembira dengan kelahiran baby baru bernama Syahmi, tapi suatu ketika pula ibu juga pernah menangis bila anak ibu Syahmi disahkan anak autisme. Lama kelamaan, tangisan ibu kian lenyap kerana ibu semakin bersemangat untuk membesarkan anak-anak ibu yang keduanya hero Malaya.
Dapatkah Syahmi mengerti dan mengingati pesan ibu ini? Dalam usia 10 tahun kini, Syahmi telah pun dapat memahami tingkah lakunya yang berbeza dari insan normal lain. Dia juga telah memahami mengapa dirinya mempunyai kad pengenalan dari JKM yang melabelkannya sebagai Orang Kelainan Upaya. Semoga kian kamu membesar, kian matang kamu menangani kelainan yang ada pada diri. Ibu kamu tidak akan lupa berpesan selagi nyawa dikandung badan. Inilah antara PESANAN ibu buat Syahmi, maknanya banyak lagilah pesan ibu selain dari yang ini?
3 comments:
Hari ini 29hb Jan 2012...Syahmi jawab soalan B.Melayu dgn pilihan karangan bertajuk Ibu Saya.
all the best 2 u syahmi..semoga menjadi insan yang berjaya kelak...
terima ksih pd yg memberi komen.....doakan kejayaan anak kami Syahmi
Post a Comment