Buku Latihan Bahasa Melayu Syahmi |
Setakat ini hasil kerja Syahmi di sekolah telah saya ikuti....tentunya Tahun 4 ini lebih mencabar sebab matapelajaran makin banyak serta subjek-subjek tertentu kena dijawab secara subjektif contohnya Sains dan Matematik. Kalau di tahun lepas kedua subjek ini dijawab dalam Bahasa Inggeris, tapi kini bertukar ke Bahasa Melayu. Confius juga mula-mula ni untuk menyesuaikan Syahmi dengan perubahan ini.
Bahasa Melayu |
Bahasa Arab |
Matapelajaran yang seterusnya ialah Bahasa Arab dimana Ustaz Muslim menjadi tenaga pengajarnya. Syahmi sangat gembira bila berada dalam kelas Bahasa Arab disebabkan Ustaz Muslim yang kelakar orangnya. Tulisannya agak cantik bagi pendapat saya memandangkan saya juga tidak begitu mahir menulis dalam tulisan Jawi.
Bahasa Inggeris |
Seterusnya, matapelajaran Bahasa Inggeris dimana guru yang mengajarnya ialah Puan Norhayati binti Hassan (Pen.Kanan Hal Ehwal Murid). Seorang guru yang tegas jika dilihat dari riak wajahnya. Pada hari-hari pertama persekolahan guru ini masih belum mengenali anak murid yang istimewa ini. Tapi sekarang beliau selalu berbual-bual dengan Syahmi untuk mengetahui pengetahuan anak ini tentang minatnya terhadap dunia luar seperti tragedi 11 September 2001.
Sains merupakan matapelajaran yang amat mencabar pada tahun ini disebabkan soalan-soalan subjektif mula diperkenalkan kepada murid Tahun 4. Kalau dulu hanya soalan objektif sahaja dikemukakan dan kebiasaannya Syahmi dengan mudah memperolehi pangkat A. Namun tahun ini Syahmi kena usaha lebih kuat lagi di bawah bimbingan guru Puan Fatimah binti Abu Bakar. Bukan semudah soalan tahun-tahun yang lalu Syahmi!
Matematik |
Inilah matapelajaran yang digemarinya tapi kurang senang apabila terlalu banyak latihan yang dibuat katanya. Hampir setiap hari Syahmi menyelesaikan homeworknya untuk matapelajaran ini hingga larut malam. Practice makes perfect Syahmi! Disebabkan faktor inilah guru kamu Puan Zahiah binti Othman membekalkan kamu hampir setiap hari dengan latihan demi latihan.
Terdapat beberapa lagi matapelajaran yang harus digalas oleh Syahmi di Tahun 4 ini. Orang lain boleh, mengapa kamu tidak boleh? Pastikan tahun 2012 ini kamu lebih cemerlang dari tahun-tahun yang lepas.
0 comments:
Post a Comment