A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH

اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, January 31, 2018

Aku Suka Rambutan, Kau Suka Durian



Kita berbeza...

Kami tidak sebulu dalam hal ini. Si isteri sangat alah dengan bau durian. Sakit kepala, mual, semua ada. Sedangkan si suami pula sangat 'berhantu' dengan raja buah ini. Jangan gaduh-gaduh ya. Redha meredhai, buah-buah ni datang bermusim. Bukan setiap hari boleh merasa nikmatnya. Kisah ini berlaku dua minggu yang lepas. Ketika kami ke UPSI, Tanjung Malim untuk menguruskan hal si anak sulung yang hendak bercuti semester.


Meleleh air liur bila melihat gerai-gerai buah berderetan di sepanjang jalan
lama Tanjung Malim ke Batang Kali

Musim buah-buahan di Tanjung Malim/Hulu Bernam
durian, rambutan, pulasan semua ada

RM 25-00 sekilo, hanya 3 ulas  (D 24)

Yummy....

Alhamdulillah....merasa jugak buah-buah tempatan kali ini walau harga tinggi melambung. Rambutan seikat kecil pun RM 12-00. Durian lagi lah mahal, sekilo RM25-00. Tapi memang fresh, sedap kerana buah-buah baru turun dari dusun berdekatan.

Cuma sayang sekali, anak-anak kami termasuk Syahmi tidak menggemari buah-buahan tempatan ini. Hanya memandang dari jauh aksi ibu ayah yang sibuk menjamu selera. Rugi la kome berdua....

Saturday, January 27, 2018

Spesies Rare - Kulat 'Bridal Veil Stinkhorn'



Subhanallah....cantik, pelik, tak pernah jumpa sebelum ni. Tumbuh di halaman rumah sahaja. Ia seolah-olah berskirt, ada 'cap' bahagian atasnya. Warna yang sangat menarik, peach di bahagian skirt, sementara orange di bahagian 'cap'. Skirt pulak seperti veil si pengantin, jadi tak hairanlah dinamakan 'Bridal Veil Stinkhorn'.

Dikatakan, kulat spesies ini juga ada yang berwarna putih. Benihnya disebar bukan melalui angin seperti kebanyakan kulat, tetapi melalui spora yang melekit dan berbau untuk menarik perhatian serangga  menghampirinya.

Info tambahan, di China, kulat ini dimakan dan dipercayai kaya dengan protin, karbohidrat serta serat makanan.

Walaupun photo-photo diambil sekadar suka-suka, tapi amat bermakna sebab tidak menyangka kulat ini sangat istimewa dan mampu bertahan selama separuh hari sahaja. Entah bila pulak bisa ketemu lagi spesies yang seumpamanya.


'Bridal Veil Stinkhorn' (9.00am, 16hb Januanri 2018) 

'Bridal Veil Stinkhorn' (1.00pm, 16hb Jan 2018)

'Bridal Veil Stinkhorn' (5.00pm, 16hb Jan 2018)

Mungkin image yang sebegini mengilhamkan
 nama kulat 'Bridal Veil Stinkhorn'

  

Wednesday, January 3, 2018

Keringat Ibu 'Menghadapi' PT3 2017



Bukan memanjakan anak. Bukan tidak percaya pada kemampuannya. Cuma, risau, bimbang akan prestasinya supaya tidak ketinggalan jauh dibandingkan dengan rakan-rakan sekelas.

Semakin dekat PT3, kawan-kawannya sibuk membuat nota pendek, peta minda supaya mudah mengulangkaji kerana ianya senang dibawa ke mana-mana. Dia juga ada bercerita dengan ibu tentang itu. Tapi dia masih buat tak endah, seolah-olah nota pendek tidak penting baginya. Atau memang budak lelaki mengalami lebihan vitamin 'M' jika dibanding dengan yang perempuan. Kurang rajin menulis. (M-malas)

Ibu rasa tak boleh duduk diam lagi. Kalau bukan ibu yang buat, siapa lagi? Nak tunggu si anak buat, nampaknya sampai kucing bertanduk pun belum tentu dia buat. Jeng jeng jeng, inilah hasil dari keringat yang mengalir.....


Inilah 'keringat' ibu.....sampai kelabu mata ibu bertahan hingga tengah
malam menulis dan melukis


Di dinding pun ditampal juga....

Ibu puas hati sebab ibu dapat laksanakan tugas ibu. Ibu takkan kesal sebab ibu dah buat apa yang ibu rasa perlu dilakukan untuk membantu kamu. Biar pun kamu kurang memanfaatkan hasil 'keringat' ibu yang mengalir itu. Mungkin bukan cara kamu untuk mendapatkan ilmu melalui nota pendek, kamu  lebih suka menggunakan buku teks untuk mengulangkaji pelajaran di atas katil dari menggunakan nota pendek sebagai panduan. Lihat image di bawah, menampakkan dia hanya menyeluk kedua tangannya ke dalam saku. Sedangkan kawan-kawan yang lain masih menyelak-nyelak nota pendek masing-masing sebelum masuk ke bilik peperiksaan.


Kedua tangannya menyeluk saku...sedangkan kawan-kawan yang lain bersama nota di tangan 
(beberapa minit sebelum peperiksaan bermula)

Tak per la  nak....ibu tak marah. Ibu akan simpan 'keringat' ibu ini sampai bila-bila. Sebagai kenangan supaya suatu ketika nanti kamu dapat tengok hasil 'keringat' ibu yang mengalir ini.

Ada satu tips yang ibu nak kongsikan di sini, bagi menambahkan pengetahuan anak dengan cara paling mudah. Tiap kali melangkah keluar dari rumah, pastikan ada buku pembelajarannya yang dibawa bersama kemudian berbincang sekali sekala dengan si anak ketika di dalam kenderaan misalnya. Sehari satu topik, yang ringan-ringan pun tak per, 100 hari dah 100 topik. Bincang secara santai-santai supaya tidak membebankan si anak sambil bergurau senda. Boleh dicuba, jadikan ia sebagai habit. Selamat mencuba.

Tidak hairanlah ramai yang menyangka ibu Syahmi seorang guru. Sebab, buku sentiasa dikepit ke mana-mana terutama menjelang hari peperiksaan si anak....hehehe











Monday, January 1, 2018

Dia Di Tingkatan 4 Kini....



Selamat Datang 2018

Melangkah setapak lagi. Dia berada di Tingkatan 4 juga di sekolah yang sama. Ada yang bertanya, Syahmi tak mintak SBP ke? Belum lagi masanya. Ibu sunyi di rumah nanti. Biar Syahmi di bawah pemantauan ibu lagi. Tak sanggup ibu nak lepaskan dia ke asrama. Tunggu setahun dua lagi, biar dia betul-betul matang dan berupaya untuk hidup berdikari.

Pelajar Tingkatan 4 akan menghadiri program orientasi seminggu. Kemudian mereka akan diletakkan di dalam kelas-kelas mengikut aliran yang ditentukan. Ya Allah, kau bantulah dia, berilah kemudahan buat dia memilih arah masa depannya. Aliran Science/Account/Art, semuanya terbaik. Cuma kecenderungan individu sahaja yang membezakannya.

Diharap Syahmi terus cemerlang di masa akan datang. Semoga dihadirkan-Nya insan-insan yang berhati mulia untuk membantu Syahmi....aamiin

Sek Men Keb (A) Sheikh Abdul Malek



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...