Kita berbeza... |
Kami tidak sebulu dalam hal ini. Si isteri sangat alah dengan bau durian. Sakit kepala, mual, semua ada. Sedangkan si suami pula sangat 'berhantu' dengan raja buah ini. Jangan gaduh-gaduh ya. Redha meredhai, buah-buah ni datang bermusim. Bukan setiap hari boleh merasa nikmatnya. Kisah ini berlaku dua minggu yang lepas. Ketika kami ke UPSI, Tanjung Malim untuk menguruskan hal si anak sulung yang hendak bercuti semester.
Meleleh air liur bila melihat gerai-gerai buah berderetan di sepanjang jalan lama Tanjung Malim ke Batang Kali |
Musim buah-buahan di Tanjung Malim/Hulu Bernam durian, rambutan, pulasan semua ada |
RM 25-00 sekilo, hanya 3 ulas (D 24) |
Yummy.... |
Alhamdulillah....merasa jugak buah-buah tempatan kali ini walau harga tinggi melambung. Rambutan seikat kecil pun RM 12-00. Durian lagi lah mahal, sekilo RM25-00. Tapi memang fresh, sedap kerana buah-buah baru turun dari dusun berdekatan.
Cuma sayang sekali, anak-anak kami termasuk Syahmi tidak menggemari buah-buahan tempatan ini. Hanya memandang dari jauh aksi ibu ayah yang sibuk menjamu selera. Rugi la kome berdua....
0 comments:
Post a Comment