A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH

اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, April 12, 2018

Anugerah Dari Hati Ke Hati Oleh Bank Rakyat



Undangan dari Bank Rakyat

Kalau dah rezeki tak ke mana. Saat-saat akhir borang serta video dihantar ke pihak penganjur pertandingan. Akhirnya dia telah terpilih sebagai pemenang Anugerah Individu Terbaik Autisme 13-18thn di dalam majlis yang gilang gemilang pada 9hb April yang lalu di Menara Berkembar Bank Rakyat, Kuala Lumpur.

Alhamdulillah...tiada yang lebih baik dari kata syukur atas pemberian Nya. Semoga anak ini lebih cemerlang dalam kehidupannya di masa akan datang...aamiin


Bersama barisan pemenang pada hari berkenaan bagi setiap kategori

Syahmi bersama Ikon Autisme  Saudara Ahmad Zahiruddin (kanan) yang merupakan seorang
al hafiz serta pelakon kanak-kanak Jibam (kiri)

Syahmi bersama pelakon popular Zarina Zainuddin
yang juga merupakan seorang ibu kepada anak kembar autisme


Syahmi di interview oleh wartawan TV Al Hijrah


Empat beranak merayakan kejayaan Si bongsu


Bersama orang kuat autisme di Malaysia
dari pelbagai latarbelakang

Antara akhbar yang membuat liputan tentang majlis ini


Monday, April 2, 2018

Autism Awareness Day 2018 - 2 April



Muhammad Syahmi Asyraff seorang insan istimewa autisme
 kebanggaan keluarga(16tahun)

Kalau bukan kita ahli keluarganya, pada siapa lagi untuk disandarkan harapan bagi menyebarkan kesedaran autisme kepada masyarakat. Kita buat apa yang termampu. Biar di peringkat setempat dahulu, biar mereka di luar sana mendengar dan cuba menyelami warna-warni dunia autisme.


Berkongsi pengalaman dengan siswa/siswi UMT, Gong Badak, Terengganu

Terima kasih pada pihak UMT yang telah memberi peluang kepada kami untuk menyertai program Bakti Penyayang pada 30hb March 2018 yang lalu. Semoga perkongsian ibubapa semua telah membuka sedikit kefahaman anak-anak siswa/i UMT yang bakal meneraju negara di masa hadapan terhadap insan istimewa autisme.

Terima kasih daun keladi, lain masa jemput kami lagi...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...