A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH

اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, February 10, 2018

Teratak Bernam Riverview...Cantikkkk



Teratak Bernam Riverview, terletak di sempadan Hulu Bernam/Tanjung Malim. Namun untuk sampai ke lokasinya kita kena melalui jalan sempit dari bandar Tanjung Malim (berhadapan Hotel Seri Malim) berkereta kira-kira 9km ke dalam. Menyusuri kampung-kampung yang sekitarnya dipenuhi dengan dusun durian serta diiringi Sungai Bernam bersebelahan yang jernih airnya.

Aliran air dari Banjaran Titiwangsa

Dikatakan bila sunyi malam, akan kedengaran
batu-batu sungai yg kecil bergerak ke hilir mengikut arus air yang agak deras

Sejuk mata memandang, dingin pula hawa sekitarnya, berteman deruan air sungai yang agak deras, namun menyamankan suasana. Untuk sampai ke sini mengambil masa kira-kira 20 min perjalanan berkereta disebabkan jalan perhubungan yang kurang baik, jalan berturap selorong sahaja. Mungkin atas faktor menjaga keindahan alam semulajadi, jalan perhubungan tidak dinaiktaraf supaya kenderaan besar seperti lori tidak dapat masuk ke kawasan ini.

Lokasi ini amat sesuai untuk mereka yang ingin berkhemah, banyak kemudahan disediakan termasuk penempatan, kantin, serta kemudahan sukan ekstrem seperti jambatan gantung setinggi 5-6m, flying fox dan sebagainya. Hari keluarga juga boleh dirancang ke sini supaya anak-anak kita berpeluang merasai pengalaman berada di belantara. Unggas, tupai, nyamuk menjadi teman hidup.

Cantik suasana

Syahmi n Syawal ....adik beradik

Syahmi n Syawal mencuba meniti jambatan gantung  kira-kira 50m
yang menguji tahap keupayaan menangani 'anxiety' seseorang

Nun diatas sana, mereka mententeramkan diri seketika sebelum
menamatkan cabaran melintasi jambatan gantung

Pengalaman berharga buat Syahmi, dapat merasai halangan mencabar melintasi sungai dengan melalui sebuah jambatan gantung yang tingginya kira-kira 5-6m. Ibu memang awal-awal lagi angkat bendera putih. Tapi dia berjaya mengatasi rasa gayat + 'anxiety' dengan berjalan perlahan-lahan merentasi jambatan gantung berkenaan. Mungkin kehadiran si abang juga memberikan semangat buat dia untuk sama-sama ke garisan penamat....syabas.

Syahmi juga boleh!

Monday, February 5, 2018

Dulu Lain, Sekarang Dah Lain



Dulu dipimpin ke sana ke mari.  Tidak lepas mata kita memerhatikan langkahnya. Takut tersandung, takut ada mata lain yang cuba mengkhianti. Syahmi belum cukup matang untuk mengawal dirinya sendiri. Belum berupaya mempertahankan diri.

Dulu, sentiasa dipimpin tangannya
Kini, tidak lagi mahu dipimpin. Dia lebih matang dalam usia remajanya. Lebih suka melakukan kerja tanpa dibantu lagi. Bila menyeberang jalan, cuba menjauhkan diri supaya tidak dibantu ibu ayah. Ada rasa malu dan bimbang ditertawakan kawan.

Kini, dia mahu lepas, tidak mahu dikongkong.

Alhamdulillah....dia sudah matang. Biar ada sudutnya, kematangan dia tidak seiring dengan rakan seusia. Namun dia sedang melangkah, mahu berubah dan yakin boleh berubah...InshaAllah

Sunday, February 4, 2018

Bertadabbur Menghadapi Ujian-Nya



Sebuah buku bestseller 'Genius Dari Syurga'

Bila susah atau senang, maka janganlah melupakan-Nya. Jika kesukaran mendatangi kita, maka redhalah dengan ujian yang diterima kerana tiada manusia yang terlepas dari ujian-Nya. Berusahalah kita mengatasinya. Ujian datang untuk diampunkan dosa-dosa kita, ujian juga untuk meningkatkan darjat kita di sisi-Nya. Selain itu, ujian juga meletakkan kita bersama orang yang beriman di sana nanti, dan jangan lupa dengan ujian-Nya juga kita bisa terjerumus ke api neraka. Nauzubillahminzalik...

Konsep tadabbur telah membawa Puan Ainizal Abdul Latif seorang penulis buku 'Genius Dari Syurga' ke Kuala Terengganu. Kelmarin, 3hb Feb 2018 bersamaan hari Sabtu, Seminar Anak Syurga berlangsung di YTMidTown Hotel, Kuala Terengganu dari 9.00am hingga 2.00pm. Terima kasih kepada pihak yang membiayai kos lokasi, makan minum kepada seramai 70 orang peserta iaitu Bahagian Pelancongan Negeri Terengganu.

Bukan mudah kami di Terengganu untuk bertemu muka dengan Pun Ainizal binti Abdul Latif. Kenal dah lama, cuma bertentang mata, inilah pertama kalinya.  Alhamdulillah.....dia memang wanita hebat. Kecil molek, tapi berjiwa besar.

Puan Ainizal Abdul Latif sedang berkongsi ilmu dengan
para peserta seminar yang hadir, kira-kira 70 orang kesemuanya

Pn Ainizal Abd Latif (kanan) bersama Kak Long (kiri)
-YTMid Town Hotel -Kuala Terengganu-

Program yang ditunggu-tunggu kami semua di sini. iaitu mencari kekuatan dengan kalam Allah. Tepat, jitu penyampaiannya. Tahniah Pn Ainizal, semoga perjuangan mu terus menerus 'mengairi' kami ibubapa kepada anak-anak istimewa.

Terima kasih pada semua yang menjayakan program ini, team Genius World Solution dari Shah Alam, sukarelawan UNISZA dan Mok Uda Ahmad juga para peserta yang hadir. Semoga kita dipertemukan semula dalam majis ilmiah seumpamanya...Inshaallah


Antara peserta yang hadir, dari jauh dan dekat mengambil peluang
menambah ilmu di dada
9.00am, majlis dimulakan, namun beberapa tempat masih kosong
kerana peserta belum sampai

Team sukarelawan yang diketuai oleh Mok Uda Ahmad (baju biru) serta
beberapa orang mahasiswa/i UNISZA

Mok Uda Ahmad, Kak Long, Pn Ainizal, Tn Hisham dan Syahmi
Kak Long di bilik yang menempatkan para sukarelawan bersama anak-anak
istimewa sedang lepak-lepak sambil makan tengah hari
Syahmi bersama anak-anak Pn Ainizal
Lama tak jumpa, para peserta berkumpul bagi menimba ilmu dalam program ini
(Pn Zai, Pn Suzara, Cg Normi)

Beginiah meriahnya apabila mereka yang 'sekasut' bertemu. Selfie memang menjadi perkara wajib. Dalam kepayahan, inilah masa kami senyum, ketawa dan meraikan anak-anak kami yang istimewa. Masa-masa lain biasanya tak merasa....hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...