A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم
Showing posts with label ibu. Show all posts
Showing posts with label ibu. Show all posts

Friday, March 9, 2012

Wanita.....


Wanita seantero dunia dengan pelbagai bangsa dan penampilan !

            
                  Tanggal 8hb March setiap tahun diisytiharkan Hari Wanita Antarabangsa....saya juga tak lupa nak mendedikasikan tarikh tersebut  khas buat  'mem' saya Puan Hayani binti Zakaria atas sumbangannya terhadap kami sekeluarga.

Kalungan bunga buat ibu!

                 Isteri sayalah satu-satunya wanita yang ada dalam keluarga saya. Anak-anak kedua-duanya lelaki, jadi sepatutunyalah ibu menjadi wanita kebanggaan kami. Even pada Hari Wanita pun, ibu masih berkejar-kejar memenuhi tanggungjawab hariannya terhadap keluarga. Subuh-subuh hari lagi memberi tunjuk ajar kepada Syahmi untuk menghadapi exam di sekolah, menyediakan kelengkapan dan menghantar si abang ke perkhemahan Pengakap, ambil dan hantar anak-anak ke sekolah dan macam-macam lagi tugas. Ku takut kalau satu hari nanti ibu submit form cuti.....aduhhhh nak approve ke tak???

Bukan hadiah diminta!


                     Ibu dah lupa Hari Wanita Antarabangsa.....tanggungjawabnya terus dilaksana macam biasa. Itulah  wanita  kami ... Sanggup menjadi lilin menerangi orang lain, sanggup berhujan panas untuk keluarga tercinta. Tiada hadiah yang diminta. Cuma pengertian dari kita di sekelilingnya

                      Pasti besar ganjaraNya di sana......InsyaAllah..


Seluruh jiwa dan raganya untuk kita 

Friday, January 27, 2012

Pesan Ibu Syahmi......



Ada orang panggil ibu, ada pula yang panggil emak dan ada juga yang panggil mama, panggilan ummi pun sedap didengar, semuanya ialah panggilan kita kepada seorang wanita yang melahirkan kita. Ada juga wanita yang tidak melahirkan kita, turut dipanggil ibu, ibu angkat, ibu mertua dan sebagainya. Pokoknya ibu dikedudukan teristimewa di hati kita.

Inilah Ibu Syahmi
Bagi Syahmi, ibu adalah segala-galanya. Kadang-kadang menjadi teman tempat meluahkan rasa, tempat bergurau senda, tempat bermanja udah semestinya. Ibu juga guru tuitionnya. Hingga larut malam guru tuition memujuknya membuat homework yang bertimbun di atas meja. Menjadi ustazah kepadanya ketika beajar mengaji Al Quran. Ibu juga yang mengejutkan tiap pagi untuk ke sekolah. Ibu, ibu dan ibu segalanya.

Suatu ketika,  ibu pernah  bergembira dengan kelahiran baby baru bernama Syahmi, tapi suatu ketika pula ibu juga pernah menangis bila anak ibu Syahmi disahkan anak autisme. Lama kelamaan, tangisan ibu kian lenyap kerana ibu semakin bersemangat untuk membesarkan anak-anak ibu yang keduanya hero Malaya.

Ibu selalu berpesan itu dan ini. Semuanya untuk  masa depan Syahmi. Kadang-kadang Syahmi rasa rimas dengan pelbagai pesanan  ibu. Ada kalanya Syahmi ingat kata-kata ibu, ada kalanya pula kerana kekangan yang ada pada Syahmi, Syahmi boleh terlupa pada pesan ibu. Apa pesan ibu? Pesan ibu, Syahmi bila ke mana-mana sekali pun jangan tunjukkan Syahmi seorang anak autisme. Jangan cakap sorang-sorang, bersabar mengawal tantrum, cuba bertentang mata ke arah orang yang berhadapan dengan kita. Ibu mahu Syahmi tidak menjadi bahan pandangan sinis orang-orang sekeliling. Ibu berazam supaya Syahmi menjadi insan senormal yang mungkin.

Dapatkah Syahmi mengerti dan mengingati pesan ibu ini? Dalam usia 10 tahun kini, Syahmi telah pun dapat memahami tingkah lakunya yang berbeza dari insan normal lain. Dia juga telah memahami mengapa dirinya mempunyai kad pengenalan dari JKM yang melabelkannya sebagai Orang Kelainan Upaya. Semoga kian kamu membesar, kian matang kamu menangani kelainan yang ada pada diri. Ibu kamu tidak akan lupa berpesan selagi nyawa dikandung badan. Inilah antara PESANAN ibu buat Syahmi, maknanya banyak lagilah pesan ibu selain dari yang ini?


   



       
       

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...