A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF

A GIFT FROM HEAVEN

YOU ARE NOT ALONE......

A GIFT FROM HEAVEN

FAMILY OF FOUR

A GIFT FROM HEAVEN

AUTISM BOLEH


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, March 31, 2015

Misi Jadi Mac Gyver





Saya tidak risau dengan subjek Matematik, Sejarah, Geografi dan yang lain-lain tu. Tapi saya paling bimbang dengan subjek Kemahiran Hidup. Dari zaman persekolahannya di peringkat rendah lagi, Syahmi bermasalah dengan subjek ini.


Bila melibatkan fine motor skill, anak autisme amat ketinggalan prestasinya. Mereka perlu dibantu kerana sukar melakukan aktiviti ini tanpa pengawasan. Mereka perlu diberi dorongan. Yakini mereka juga boleh buat sebagaimana kawan-kawannya.

Task Yang Pertama Untuk Pelajar Tingkatan 1


Sampai di rumah kelmarin, si anak merungut-rungut sendirian. Katanya, "Saya tak dapat nak pasang plug yang cikgu suruh. Kawan-kawan saya ada yang dah boleh siapkan". Huhuhu..... inilah masalah yang saya telah lama jangkakan. Yang ini tugasan basic bagi semua pelajar, tak kira lelaki mahupun perempuan.


Nampaknya tugas saya sekarang memberi latihan kepadanya di rumah. Korbankanlah plug-plug extra yang di rumah tu untuk tujuan latihan. Kerja pendawaian remeh sebenarnya terutama bagi yang kurang berminat. Bukan mudah nak jadi MacGyver. Biar tak hensem sebagaimana aktor yang berlakon di TV tu, janji misi mencapai matlamat....hehehe


Aktor yang  memegang peranan sebagai MacGyver dalam drama
 bersiri televisyen Amerika...


Sunday, March 29, 2015

Seminar "Bonda Takkan Ada Sentiasa"....



Banner seminar....

Maaf, saya sangat sibuk akhir-akhir ini dengan aktiviti NGO (Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu). Persatuan yang menggabungkan ibubapa anak-anak istimewa di sekitar Terengganu yang mempunyai anak yang mengalami masalah pembelajaran seperti autisme, down syndrome, slow leaner dan sebagainya.

Seminar yang pertama akan berlangsung hujung minggu ini. Seminggu dua ini, tiada masa untuk AUTISM A GIFT FROM HEAVEN nampaknya. InshaAllah saya akan meneruskan coretan di sini apabila seminar selesai nanti.

Hidup saya berubah bila memiliki anak istimewa. Saya dapat banyak kawan kerana perkongsian rasa sesama ibubapa yang senasib. Saya sibuk bersama ibubapa lain turun padang seperti berkongsi ilmu dan pengalaman.

Allah membuka laluan saya untuk membuat amal jariah di hujung-hujung usia dalam bentuk yang begini. Sebagai hamba, saya redha. Semoga saya diberi kesihatan yang baik, berpeluang lagi untuk aktif membantu insan lain dalam mendidik anak-anak istimewa.....aamiin



Monday, March 16, 2015

Tetamu-Tetamu Dari Jauh...



Bila AM bertemu....


Tiada perancangan, tiada diduga. Hari ini kami menerima tetamu sahabat Autisme Malaysia yang datang berkunjung ke Kuala Terengganu di awal cuti sekolah ini. Hanya melalui fb AM, bersahut-sahutan, lantas pertemuan sepontan dirancang.

Sebelah paginya meraikan tamu dari Johor...Dr Mohd Azlis Sani serta keluarga. Sebelah petangnya pula, Cikgu Suzilawati dari Seremban, Syaiful Legacy serta keluarga dari Selangor.

Panas terik, jalanraya juga bertali arus dengan deretan kenderaan. Namun, tidak menghalang kemeriahan suasana. Keropok lekor menjadi sajian. Yang uniknya, tiap pertemuan walau pertama kali bersua muka, bagaikan dah kenal lama...bermesra hingga ke sudah.

Semoga ukhwah kami berkekalan...aamiin




Wednesday, March 11, 2015

I Am Aware... April is Autism Awareness Month




Thursday, March 5, 2015

20 Tahun Sudah...




20 tahun sekejap sahaja....alhamdulillah. Makin matang, makin dikurniakan kesabaran dalam menempuhi cabaran. Rambut makin memutih merupakan peringatan dari-Nya bahawa masa kian menghampiri. Syukur alhamdulillah buat sekian kalinya.

Mengenang kisah lalu, suka, sedih, malu semua ada rasanya. 5hb March 1995 merupakan hari ke tiga umat Islam beraya. Sengaja dipilih hari ketika umat Islam masih hangat beraya bagi memastikan sanak saudara yang jauh juga dapat bersama menghadirkan diri di majlis perkahwinan kami.

Memang ramai yang datang. Dari K.L turun, dari utara tanahair pun ada.  Meriah hingga ke petang. Kami memecah tradisi orang kampung ketika itu, buat kenduri kahwin secara kontrak. Empat ribu ringgit boleh menampung makan minum jemputan kira-kira seribu orang.

Warna tema hijau, hiasan bilik hijau 'kepala itik', pelamin kuning emas, persalinan pengantin juga hijau. Bunga telur ketika itu lebih kepada pasu-pasu kecil dari negeri China. Berminggu saudara mara berkampung di rumah untuk membuat persediaan hari perkahwinan juga menyambut hariraya puasa beberapa hari sebelumnya. Sibuk amat dirasa, namun menggembirakan semua.


Hiasan bilik tidur....warna hijau 'kepala itik'...


Semua tinggal kenangan. 20 tahun usia perkahwinan, banyak mengajar kami menjadi manusia yang sentiasa bertolak ansur. Lebih dipentingkan kini, hanyalah anak-anak. Masa depan mereka, sambil muhasabah diri. Usia makin meningkat, ramai saudara mara, sahabat dan taulan yang telah pergi mendahului diri.

Agar diberi-Nya masa lagi untuk memperbaiki kekurangan diri sebelum menutup mata. Semoga jodoh kami berkekalan hingga ke jannah...aamiin


Monday, March 2, 2015

Jumpa Kawan Lama...



Kumpulan 1 (PPKIBP Sek Keb Seri Budiman II -  2009)
Syahmi (duduk kanan sekali) sementara Syakir (berdiri kanan sekali)

Dulu, mereka pernah duduk sekelas, belajar sama-sama walaupun tahap akademik mereka jauh berbeza. Ketika itu Syahmi hanya beberapa bulan di PPKI sementara menunggu masa untuk diinklusifkan ke aliran perdana.


Mungkin sesetengah kita tidak mengetahui bahawa anak-anak di Pendidikan Khas diletakkan mengikut keupayaan akademik. Tidak hairanlah kita melihat mereka berbeza sangat saiz fizikalnya dikumpulkan dalam satu kelas seperti gambar di atas.


Kelmarin, Syahmi terjumpa Abang Syakir teman sekelasnya dulu ketika hendak menuju ke kereta untuk balik ke rumah lepas waktu sekolah. Abang Syakir bersama ayahnya, menunggu adik perempuannya yang juga bersekolah di sekolah Syahmi belajar sekarang. Abang Syakir mengalami ADHD. Usianya telah menjangkau 20 tahun. Telah meninggalkan alam persekolahannya. Saya tidak pasti ke mana arah tuju Abang Syakir seterusnya. Abang Syakir bernasib baik sebab ayahnya dari golongan yang berkemampuan.


Cerita kelmarin, Abang Syakir masih ramah menyapa Syahmi
walau sekian lama  tak jumpa....

Pertemuan singkat, tapi cukup bermakna supaya Syahmi menghargai teman-teman PPKI yang dahulu. Ingatlah, bahawa kamu juga pernah berada di PPKI bersama Abang Syakir dan lain-lainnya. Sekarang Syahmi di aliran perdana, tidak bergaul lagi dengan anak-anak istimewa di Pendidikan Khas.


Abang Syakir  tetap ramah seperti dulu. Ceria, senyum sokmo, selalu menyapa orang lain tanpa malu-malu. Didahului dengan bersalaman antara keduanya. Dicucuk-cucuknya jari telunjuknya ke perut Syahmi yang agak menonjol tanda bergurau agaknya. Penuh dengan pujian..."hensem Syahmi" katanya. Suka sangat dia bila diajak berposing berdua.


Semoga dipermudahkan hidup kamu wahai ahli syurga. Ternyata Abang Syakir amat bertuah kerana mempunyai ibubapa dari kalangan orang baik-baik serta beberapa orang adik beradik perempuan yang sentiasa membantunya. Alhamdulillah.....semoga kita jumpa lagi di masa-masa yang lain Abang Syakir.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...