Bangun pagi, buka fb....tengok warna biru. Sahabat-sahabat semua bercerita tentang warna biru. Nak pakai baju biru, tudung pun biru, segalanya hanya berkisar tentang warna biru.
 |
Media perhubungan utama kami di Autisme Malaysia |
Kalau selalu di depan facebook.... mesti ada broadbandnya. Apa-apa pun package istimewa ditawarkan.... yang pasti si biru juga yang dilanggan. Sebab saya percaya dari dulu hingga kini pada Celcom.
 |
Celcom |
Dalam banyak-banyak warna, mengapa si biru juga yang jadi pilihan? Bila teringat bola tentunya si biru juga menjadi pojaan walaupun akhir-akhir ni si biru asyik semput memanjang. Tentunya Chelsea....bukan Perak negeri tanah tumpah darah teman, mahupun Terengganu negeri teman cari makan....pelik....pelik?
 |
Chelsea |
Citer pasal bil-bil yang tiap bulan kena bayar tu, pasti si biru juga yang wajib didahulukan pembayarannya. Nanti bergelap pulak kita....jangan buat pasal beb! Tak pasal-pasal meraba sana sini.....dan ada juga yang kain baju tak bercuci berbulan sebab dah tak biasa cuci dengan tangan.
 |
Tenaga Nasional Berhad
|
Kalau cukup bulan, tentunya si biru juga di tekan-tekan..tit..tit...tit...tit..tit....ambil duit di ATM machine. Zero balance pun saya tekan juga....takut-takut ada duit jatuh dari langit....hehehe. Silap haribulan kad ATM kena telan....melopong untuk belanja bulan depan.
 |
Bank Simpanan Nasional |
Rupa-rupanya hari ni, 2hb April....hari Kesedaran Autisme Sedunia...Patutlah segalanya ku lihat hanya warna biru. Semoga kita semua bersatu dalam memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat tentang AUTISME. Kalau bukan kita ibubapa anak-anak syurga ini....siapa lagi? Jangan pinggirkan mereka....
 |
Sambutan kali ke lima pada 2hb April 2012 |
 |
AUTISME Awareness Ribbon |
Logo cantik serta berwarna-warni....cukup menarik. Diharap, pengunjung blog yang budiman dapat mengambil perhatian bahawa pada 2hb April nanti akan diadakan sambutan penuh makna bagi golongan AUTISME. Tarikh berkenaan telah diiktiraf oleh Bangsa-Bangsa Bersatu semenjak tahun 2008 lagi, sebagai Hari Kesedaran Autisme Sedunia dan ini merupakan sambutan kali ke lima serentak di seluruh dunia. Seperti biasa, warna biru ialah warna rasmi kempen tersebut.
.jpg) |
Just wear blue!
|
Kesedaran masyarakat terhadap AUTISME di negara kita amat rendah walau hakikatnya kes-kes yang dilaporkan kian bertambah bilangannya dari hari ke hari. Ibubapa harus mengambil peranan penting untuk memperjuangkan nasib anak-anak AUTISME kita kerana jika bukan ibubapanya ..... siapa lagi? Masyarakat kurang sedar terhadap keperluan golongan ini disebabkan penampilan mereka yang nampak normal seperti insan-insan lain. Hakikatnya terdapat kesukaran yang nyata bagi golongan ini di dalam perkembangan komunikasi, interaksi serta imaginasi sosial.
|
Sebenarnya, golongan ini jika diberi peluang menjalani intervensi seawal usianya.....insyaAllah kelainan yang ada pada mereka dapat diminimumkan sehingga dapat menjalani kehidupan senormal mungkin seperti insan biasa. Terdapat juga kes-kes tertentu dimana insan AUTISME telah menunjukkan kemampuan luarbiasa mereka hingga berjaya ke peringkat yang tertinggi. Malangnya terdapat ibubapa yang lambat sedar tentang kelainan yang ada pada anak-anak kecil masing-masing kerana kekurangan ilmu pengetahuan tentang AUTISME itu sendiri.
 |
Terangi kehidupan mereka! |
Kebanyakan dari kita di alaf baru ini mempunyai latarbelakang pendidikan yang baik serta menerima kemudahan informasi yang cepat dan pantas. Jadi, bangunlah ibubapa sekaliannya, guru-guru, pegawai-pegawai perubatan dan ahli-ahli akademik lain yang mempunyai pengetahuan dalam bidang ini untuk bersama-sama menggembeling tenaga bagi memberi kesedaran pada masyarakat umum tentang AUTISME mengikut cara dan kemampuan masing-masing.
Kepada ibubapa yang diujiNya dengan menerima anugerah ini, ingatlah bahawa anda semua adalah insan terpilih untuk memikul amanah Allah yang hanya menguji hambanya mengikut kemampuan masing-masing. Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan segalanya. Jangan sia-siakan anak syurga kita..... dek kerana kejahilan ibubapanya....
 |
Jangan 'kuburkan' potensi diri mereka! |