اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Thursday, July 10, 2014

2 Bulan Lagi....UPSR 2014



Sekarang kita hampir berada di pertengahan Julai 2014, maknanya UPSR hanya tinggal kurang dari 2 bulan sahaja lagi iaitu pada bulan September nanti. Syahmi agak ketinggalan jika dibandingkan dengan rakan-rakan sekelasnya dalam mengulangkaji pelajaran. Rakan yang lain sibuk dengan group discussingnya, stayback hingga ke petang di sekolah mengulangkaji pelajaran bersama-sama. Tapi anak ku tidak.

Leka bermain 'games'....

Dia lebih suka balik ke  rumah dengan lappynya. Jika dibiarkan, maka lekalah dia dengan 'games' yang tidak berkesudahan. Keputusan peperiksaan pertengahan tahunnya yang lalu 4A 1B. Nampak seperti boleh tahan, not bad. Tapi hakikatnya sesuatu perlu dilakukan kerana hampir kesemua 'A' yang diperolehi hanya 'A'-80% ke atas. Orang kata, cukup-cukup makan sahaja.


Syahmi sangat memerlukan ibu untuk membantunya, menegur kesilapannya, menyedarkan dia dari tidur lena. Sedangkan ibu sejak kebelakangan ini banyak terjebak dengan  projek kemasyarakatan. Nampaknya, ibu dah hampir lupa pada keperluan Syahmi. Ibu dah lupa Syahmi bukan anak tipikal yang boleh berdikari seperti rakan-rakannya.


Temu murni yang lalu, Guru Kelas  Syahmi ada memperingatkan saya bahawa prestasi Syahmi agak menurun jika dibandingkan dengan dulu. Sebenarnya, sebagai ibu saya tahu prestasinya mengalami kemerosotan disebabkan kurangnya membuat latihan jika dibandingkan dengan rakan-rakannya yang lain.


Nampaknya, ibu yang kena berubah terlebih dahulu. Ibu kena mulakan dari rumah bagi mendisiplinkan Syahmi untuk membuat latih tubi. Memang ramai yang berkata, "Alahhh.... UPSR tak bawak ke mana pun". Tapi bagi saya, untuk meningkatkan keyakinan diri si anak, keputusan UPSR yang cemerlang sangat penting buatnya. Saya percaya pada kemampuannya yang sebenar.


Masih tidak terlewat lagi rasanya, mulakan tindakan dari sekarang....Jom Syahmi!


Tenangkan diri, jangan lalai lagi Syahmi.....

              

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...