اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, May 6, 2016

Gaya Tutur Si Autisme...



Ada yang verbal dan ada pula diantara mereka yang non-verbal. Ada yang langsung tidak mengalami kelewatan dalam pertuturan terutama mereka yang berada di bawah kumpulan Asperger Syndrome. Manakala sesetengahnya pula mengalami kelewatan dalam pertuturan dan hanya mula bertutur ketika usianya sekitar 4-5 tahun. Sejumlahnya lagi bertutur ketika usia 9 tahun. Perlu dinyatakan di sini bahawa perkembangan anak-anak autisme tidak betul-betul menyamai antara satu sama lain. Lebih mengharukan, ada diantara mereka yang tidak boleh bertutur hingga ke akhir hayat.


-   Bagi ASPERGER SYNDROME, golongan ini berkeupayaan bertutur sebagaimana insan biasa dan tidak berlaku sebarang kelewatan yang nyata dalam pertuturannya.  Namun, gaya bahasa yang digunapakai seolah-olah berpaksikan kepada 'bahasa buku'. Menggunakan ganti nama seperti saya, awak, mereka dan sebagainya dalam pertuturan seharian. Menyusun ayat dengan tertib dan menyampaikannya secara monotone. Kekadang seperti seorang professor lagaknya. Golongan ini juga kebiasaannya memilih Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan seharian.


-   Manakala bagi MILD AUTISM, mereka mengalami kelewatan pertuturan. Di peringkat awalnya mereka akan mengeluarkan bahasa yang tidak difahami oleh orang lain. Ramai yang memanggilnya sebagai 'bahasa Jerman'. Bahasa yang sukar difahami, sebutan yang kurang jelas dan bersambung-sambung. Kemudian berkembang kepada perkataan yang lebih jelas. Namun, perbendaharaan kata amat terhad kemudian mengajuk/mengulang percakapan atau lebih dikenali sebagai ekolalia.


Apakah ekolalia? Apabila kita bertanya "Siapa nama awak?". Si autisme akan menjawab "Siapa nama awak" juga (maksudnya mengulangi percakapan). Ketika inilah pemantauan ibubapa dan ahli keluarga yang terdekat diperlukan bagi  memperbetulkan keadaan. Jika perlu, dapatkan juga nasihat dari mereka yang pakar dalam bidang pertuturan.


Kelancaran pertuturan anak-anak autisme mampu diperbaiki jika dirangsang dengan betul. Perlahan-lahan mereka akan meluaskan perbendaharaan kata, membina ayat dari 3-4 patah perkataan. Kemudian terus maju hingga boleh membina hingga 7-8 patah perkataan. Namun dalam proses berkenaan, kita akan mendengar pertuturan mereka yang sedikit 'tonggang-langgang'. Ia bermaksud, susunan bahasa yang berkecamuk. Kekadang mereka tidak faham dengan penggunaan bahasa yang betul seperti kekeliruan dalam penggunaan kata ganti nama. Jangan putus asa, 'practice makes perfect'. Golongan ini juga akhirnya nanti akan berkembang skill pertuturan mereka sehingga mampu bertutur dengan baik namun tetap menggunakan 'bahasa buku'.




-    Dalam kita membicarakan tentang gaya tutur si autisme, terdapat sebahagian dari mereka  yang non-verbal. Ia bermaksud, mereka tidak boleh bertutur secara total dan ada juga yang hanya mampu berkata dalam beberapa perkataan yang sukar difahami. Kebanyakan mereka yang non verbal tergolong dalam kumpulan SEVERE AUTISM dan mempunyai kemampuan intelektual yang rendah. Namun ada pendapat yang menyangkal kenyataan ini.


Non-verbal bukan bermakna mereka tidak langsung mampu berkomunikasi. Terdapat kes-kes yang membuktikan bahawa golongan ini  ada yang boleh menulis mahupun berkebolehan menggunakan software dan aplikasi-aplikasi bergambar bagi membantu mereka berkomunikasi.


Walau apa jua gaya pertuturan mereka, intervensi awal sangat membantu golongan ini untuk menunjukkan perkembangan positive. Semakin awal diberi rangsangan , semakin awallah menampakkan hasil. Wallahualam






0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...