اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, October 10, 2016

Yan Dah Pergi...Innalillahiwainnailaihirojiun




Bukan sering bertemu pun, hanya sekali, tahun 2012 dulu ketika Majlis Hari Raya Autisme Malaysia. Namun pertemuan di maya hampir setiap hari. Sama-sama 'sekapal', senasib, ibubapa yang mempunyai anak istimewa autisme.

Jarak tak menghalang keakraban. Sering bertanya khabar, memberi perangsang, sentiasa cuba memudahkan urusan sahabat senasib. Last sekali conversation antara kami pada 23hb July lalu. Conversation yang 'tergantung', mungkin dia di sana dalam kesakitan atau ada hal lain yang hendak diuruskannya.

Haryanti Tasmiran, seorang ibu kepada 2 orang anak, seorang putera (autisme) dan seorang lagi puteri. Akhirnya Yan pergi jua pada 8hb Okt 2016 yang lalu setelah beberapa bulan bertarung dengan penyakitnya, kanser tulang tahap 4. Tinggallah suami dan anak-anak. Tinggallah ahli keluarga terdekat serta sahabat handai.

Yan bukan sebarang IBU, beliau telah lama berusaha untuk memberi keyakinan kepada anaknya yang istimewa juga yang tipikal untuk menempuh kehidupan lebih cemerlang. Afif, telah pun berjaya memperolehi sijil sebagai Instructor/Coach TKD (OKU) pertama di negara kita. Afif juga sangat berbakat sebagai pelukis.

Pengajaran dari kisah ini, jadilah seorang IBU yang bijak, mendidik anak-anak sebaik mungkin, membantu sahabat yang perlukan bantuan, menjadi isteri yang solehah buat si suami demi menjadi hamba yang taat mengikut perintah-Nya.

Kini Yan telah di sana. Segala kebaikan mu menjadi sebutan semua. Ramai yang mendoakan kebahagiaan mu. InshaAllah...sesungguhnya Dia lebih mengetahui atas setiap sesuatu yang berlaku. Senyumlah Yan, senyumlah kamu di sana sebagaimana senyuman mu di sini yang memberi kebahagiaan buat kami. Kak Long percaya, Chik mampu menggalas tanggungjawab yang kau tinggalkan.

Ya Allah, kau letakkanlah kedudukan terbaik buat adik/sahabat ku Haryanti Tasmiran bersama-sama mereka yang Kau kasihi. Amanlah dia di sana.....aamiin. Al Fatihah


Tabahlah mereka semua yang ditinggalkannya, teruskan perjalanan dengan penuh semangat dan kekuatan
- Chik Rohaizan bin Abd Wahab (suami), Afif  (anak ) dan Auni (anak) -


7 comments:

Atie'z Collections said...

AL Fatihah.. Dia mjadi pembakaran semangat adik adik ini..yg sama adà ank Autisme. Dan dia juga byk ilmu dr pengurusan kewangan..Sgt membantu..

SM Saroni said...

Kesayangan semua, juga kesayangan-Nya ...InshaAllah

pu3yusni said...

😭

izza lyna said...

Al Fatihah.. Semoga damai lah kak Yan...perkenalan Alam Maya Dan banyak kata Nasihat buat has...semoga berada di kalangan ahli syurga... Nntikan kehadiran kami di sana...Aamiin �� �� �� �� ��

izza lyna said...

Al Fatihah.. Semoga damai lah kak Yan...perkenalan Alam Maya Dan banyak kata Nasihat buat has...semoga berada di kalangan ahli syurga... Nntikan kehadiran kami di sana...Aamiin �� �� �� �� ��

Iris wardrobe said...

innalillah...semoga roh arwah bersama2 org2 yg beriman..

SM Saroni said...

aamiin

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...