Susah sebenarnya hendak mengkasifikasi autisme seseorang individu di tahap mana. Mereka di dalam spektrum sebagaimana pelangi, maknanya mereka berada dalam pelbagai keadaan. Tiada yang bersamaan antara satu sama lain. Yang 'severe', yang 'mild', yang 'high function' hanyalah sekadar label.
Hindari mempersoalkan secara berlebihan di mana tahap autisme si anak. Percayalah, mereka boleh berubah jika dibantu. Jangan pula meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap mereka. Jika mereka berada di tahap 'high function' juga, masih perlukan intervensi tertentu bagi menangani permasalahan yang dihadapi.
Mereka merupakan ujian dari-Nya buat insan-insan sekeliling. Terutama kepada ahli keluarganya, saudara mara, sahabat handai, guru-guru, pemimpin, pemerintah dan lain-lainnya.
BAGAIMANA TAHAP KEFUNGSIAN MEREKA DINILAI
Pengamal perubatan terutamanya Pakar Psychologist di luar negara menggunakan ujian tertentu untuk mengenalpasti tahap fungsi individu autisme iaitu melalui penilaian CARS (Childhood Autism Rating Scale). Mereka akan dinilai mengikut skala 1-4 dimana 4 merupakan nilaian tahap yang paling 'severe' (low function). Namun sebaliknya, jika nilai yang diperolehi semakin rendah bermaksud mereka berada di bawah 'high function' atau 'mild autism'.
A. 'LOW FUNCTIONING' ATAU 'SEVERE AUTISME'
Kebiasaannya mereka yang didiagnose sebagai 'low functioning' diklasifikasikan di bawah Classic Autism, Childhood Disintegrative Disorder atau Rett Syndrome. Kebanyakan golongan ini kena dibantu seumur hidupnya. Ciri-ciri lain yang termasuk dalam kategori ini ialah :
- Terjejasnya fungsi mental dan kognitif serta sesetengahnya
pula hingga ke paras terencat akal.
Kebiasaannya mempunya IQ bawah dari 70 dan kurang upaya
menguruskan diri juga berkomunikasi.
- Kekurangan dari segi bahasa
Beberapa percent dari golongan ini non-verbal. Manakala yang
berupaya bertutur pula mengalami masalah besar menggunakan
perkataan dalam komunikasi.
- Masalah Tingkah Laku
Masalah sensory yang serius, masalah komunikasi mengundang
kepada perlakuan yang boleh mengganggu persekitaran seperti
tantrum atau sangat marah apabila rutinnya berubah.
- Masalah Sosial
Sukar untuk berinteraksi dengan golongan ini kerana mereka tidak
mengambil perhatian terhadap percakapan/perbuatan pihak lain
di sekeliling mereka.
B. 'MODERATE' AUTISME
Kebiasaannya mereka didiagnose sebagai Classic Autism, Childhood Disintegrative Disorder, Rett's Syndrome or PDD-NOS. Golongan ini masih perlukan bantuan dalam urusan kehidupan namun dalam hal yang tertentu mereka masih mampu menguruskannya dengan sendiri. Ciri-ciri lain yang termasuk dalam kategori ini ialah :
- IQ Normal Atau Bawah Normal
Kebiasaannya mempunyai IQ normal 100 atau bawah dari normal.
Mengalami kesukaran untuk menguruskan diri.
- Kesukaran Berkomunikasi
Mereka yang berada di bawah 'Moderate Autism', mengalami
masalah untuk berkomunikasi secara berkesan seperti menggunakan
bahasa 'repetitive'. Mereka lebih cenderung berkomunikasi melalui
bahasa isyarat atau menggunakan peranti berteknologi.
- Beberapa Masalah Tingkah Laku
'Spinning', 'Rocking', 'Hand Flapping', jalan berjengket merupakan
perlakuan yang biasa dilakukan apabila golongan ini menghadapi
masalah sensory seperti pendedahan berlebihan kepada bunyi dan
sebagainya.
- Masalah Sosial
Bersendirian dan tidak pandai berinteraksi dengan pihak lain.
Sukar bagi pihak lain untuk mendapatkan perhatian mereka.
Namun, mereka sedar dengan kehadiran pihak ke dua di
kelilingnya.
C. 'HIGH FUNCTIONING' ATAU 'MILD AUTISM'
Kebiasaannya pula mereka didiagnose sebagai Asperger's Disorder, Classic High-Functioning
Autism, PDD-NOS. Mereka biasanya boleh hidup seperti insan lain, bekerja dan berupaya untuk menggalas tanggungjawab. Antara ciri-ciri mereka yang berada dalam kategori ini ialah :
- IQ Normal Atau Lebih Dari Normal
Namun mereka tetap bergelut untuk membuat keputusan yang harus
dilakukan serta-merta mahu pun menukar rutin secara mendadak.
- Skill Verbal Yang Normal Namun Cabaran Berkomunikasi Tetap Wujud
Verbal merupakan ciri yang wajib ada apabila seseorang individu
autism didiagnose sebagai 'high-functioning autism'. Namun
ada yang mengalami tone percakapan seperti robot atau pelik antonasi-
nya. Mereka mungkin faham perkataan sinonim namun keliru menggunakan
pada tempat yang betul.
- Masalah Tingkah Laku Yang Minimum
Mengalami masalah sensory yang minimum. Kurang senang dengan
perubahan juga kekadang melakukan sedikit gerakan 'repetative' .
Mereka sangat berminat terhadap sesuatu topik sahaja.
- Abnormal Dalam Bersosial
Berhadapan masalah dalam interaksi sosial seperti 'eye-contact',
kesukaran mentafsir bahasa tubuh, menggunakan tone suara yang pelik.
Mereka juga mengalami kesukaran dalam menyesuaikan interaksi dengan
pihak yang tidak sama baya dengannya. Selain itu, mereka juga sukar
menerima perspektif pihak lain.
BOLEHKAH TAHAP FUNGSINYA BERUBAH?
Mereka boleh berubah jika dilakukan intervensi dari awal usia lagi. Jangan bertangguh-tangguh. Cari ilmu, dapatkan khidmat nasihat dari mereka yang pakar, juga dari ibubapa yang mempunyai pengalaman membesarkan anak istimewa ini. Terapi Pertuturan, Terapi Cara Kerja merupakan antara rangkaian intervensi yang boleh membantu mereka.
Elakkan merasa tertekan dengan label-label tersebut. Autisme tiada ubat/pil yang specifik untuk memulihkannya. Hanya INTERVENSI dapat membantu meminimakan masalah mereka. InshaAllah
0 comments:
Post a Comment