اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, December 19, 2015

Kejar Masa....



Kejar masa.....


Mengapa perlu 'kejar masa'? Sebab masa tidak boleh berulang kembali. Bila kita mencurigai anak kita mengalami masalah, maka bersegeralah mendapatkan khidmat mereka yang pakar. Jangan cuba berteke-teki lagi kerana itu akan melengah-lengahkan masa. Sebarang kelewatan dalam perkembangan anak-anak memberi petunjuk bahawa mereka sedang berhadapan dengan permasalahan. Sebagai ibubapa, kita harus memulakan langkah untuk mengenalpasti masalah anak kita melalui khidmat mereka yang pakar terutamanya.

Melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitu juga keadaannya dengan anak istimewa. Masalah yang mereka alami boleh diminimakan jika dilakukan intervensi seawal usia. Bila si anak telah menjadi 'buluh' maka sukarlah untuk kita hendak melenturnya.

Terdapat ibubapa yang kekadang tanpa sengaja melayan rasa 'denial' hingga berlarutan. Siapa yang rugi? Tentunya anak kita juga. Semakin meningkat usia mereka, semakin payah diperbaiki permasalahan yang dialami.

Oleh itu, jangan bertangguh-tangguh. Bertemulah mereka yang PAKAR untuk mendapatkan nasihat. Dapatkan SUPPORT GROUP bagi perkongsian ilmu dan pengalaman mereka yang lebih senior. GOOGLE sebanyak mungkin bagi mendapatkan maklumat percuma berkenaan autisme. Intervensi boleh dilakukan di rumah jika kita berilmu, jangan hanya mengharap pada pihak hospital untuk melakukannya.

Jom kita 'kejar masa'.....



0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...