Ingin saya perbetulkan kefahaman kebanyakan masyarakat terhadap OKU. OKU bukan hanya dikaitkan dengan golongan kurang upaya fizikal sahaja terutama yang berkerusi roda, masalah dalam penglihatan dan juga pendengaran.
Terdapat kelompok lain yang dilupakan masyarakat, sedangkan mereka juga dikategorikan sebagai golongan OKU iaitu mereka yang mengalami MASALAH PEMBELAJARAN. Kebiasaannya golongan bermasalah pembelajaranlah yang sering dilupakan masyarakat tentang kelainan keupayaan mereka. Hinggakan mereka dianggap insan tipikal yang bermasalah.
Faktor ini disebabkan keadaan fizikal mereka yang kelihatan normal jika dipandang secara lahiriahnya. Sedangkan hakikatnya, mereka mempunyai kecerdasan otak yang tidak seimbang dengan usia biologikal individu berkenaan (seperti down syndrome dll), juga merangkumi mereka yang terjejas kemampuan pembelajaran seperti AUTISME, HYPERAKTIF, DYSLEXIA.
Oleh itu, jangan pernah kita bayangkan OKU itu hanya mereka yang berkerusi roda sahaja, yang berjalan dengan tongkatnya sahaja. Ada insan yang kelihatannya 'segar-bugar', aktif ke sana ke mari, namun di sebaliknya mengalami masalah yang harus diberi perhatian.
Post yang ini hanya bertujuan untuk memperbetulkan kefahaman pihak-pihak yang masih kabur tentang kategori-kategori OKU. Semoga mendapat sesuatu darinya......
Yang ini lebih tepat rasanya..... |
0 comments:
Post a Comment