Tiada jalan singkat untuk menangani autisme. Tiada ubat-ubatan yang mampu menyembuhkannya secara mudah dan cepat. Memandangkan autisme adalah gangguan proses perkembangan maka strategi pengajaran yang sesuai amat diperlukan bagi mengatasinya. Terdapat beberapa jenis sistem pengajaran yang dikira terbaik untuk diaplikasikan ke atas kanak-kanak autisme dan telah terbukti boleh membantu mereka hasil dari kajian para penyelidik. Antaranya ialah:
1. APPLIED BEHAVIOUR ANALYSIS (ABA)
Diasaskan oleh Dr Ivar Lovaas dalam tahun 1960 an. Pengajaran yang amat
sistematik dan dilakukan secara intensif. Kaedah ini telah lama digunapakai
dimana pengajaran khusus diberikan kepada kanak-kanak dengan memberikan
tugasan yang dipecah-pecahkan kepada tugasan kecil. Diberi penekanan
berupa ganjaran jika kanak-kanak ini berjaya dalam tugasan yang diberikan.
Tiada denda dari segi fizikal dikenakan cuma ia dijalankan secara ketat dan tegas.
Kanak-kanak akan berjaya menyempurnakan tugasan seperti yang diarahkan
apabila perubahan dapat dilihat pada diri kanak-kanak tersebut.
2. APPLIED VERBAL BEHAVIOUR (AVB)
Diasaskan oleh B.F Skinner iaitu analisa tentang tingkah laku, bagaimana bahasa
berkembang dan situasi tingkah laku verbal wujud. Fokus utama untuk mengajar
kanak-kanak yang bermasalah dalam bahasa.
Contohnya, jika ingin mengajar konsep 'buku' maka haruslah dipastikan kanak-kanak
tersebut boleh menyebut 'buku', melabelkannya, mengulangi perkataan 'buku'
apabila dikemukakan soalan, serta mengecam dengan menyentuhnya di antara
barang-barang lain serta dapat menjawab soalan yang berkaitan gambaran, serta
fungsi 'buku'.
3. PICTURE EXCHANGE COMMUNICATIONS SYSTEMS (PECS)
Memandangkan kanak-kanak autisme mempunyai masalah untuk
berkomunikasi, kaedah PECS dapat membantu mereka menguasai
bahasa asas disamping kanak-kanak yang tidak bercakap.
Kaedah ini juga menggunakan ganjaran apabila kanak-kanak berjaya
menyampaikan keinginannya melalui gambar. Berbeza dengan kaedah
ABA dimana ganjaran diberikan apabila mereka berjaya melakukan
tugasan yang diberi.
4. TREATMENT AND EDUCATION OF AUTISTIC AND RELATED
COMMUNICATION HANDICAPPED CHILDREN (TEACCH)
Kaedah ini berdasarkan 'persekitaran harus disesuaikan dengan kanak-kanak
autisme bukan sebaliknya'. Ada kajian yang menunjukkan kaedah ini berjaya
membantu kanak-kanak autisme mempelajari sesuatu dengan lebih pantas.
Caranya ialah dengan mengurangkan arahan secara verbal tetapi menggunakan
kad bergambar seperti poster mahupun kad imbasan untuk menyampaikan
maksud. Kad tersebut haruslah mempunyai perkataan atau nombor.
5. TERAPI INTEGRASI SENSORI (SI)
Teori Integrasi Sensori diasaskan oleh Jurupulih Cara Kerja A.Jean Ayres. Integrasi
sensori wujud apabila otak menyusun maklumat yang diterima daripada deria.
namun, tidak semua orang menerima proses ini seperti sepatutnya. Bunyi dan
penglihatan bercelaru dan mengganggu berbandingkan dengan orang lain.
Gangguan integrasi ini akan mewujudkan masalah imbangan dan koordinasi.
Pakar fisioterapis juga Jurupulih Cara Kerja yang terlatih akan menyediakan
pelbagai aktiviti bagi membantu kanak-kanak untuk memproses maklumat yang
diterima dari derianya ke kaedah yang biasa.
Kanak-kanak perlu bermain dengan pelbagai tekstur seperti pasir, tanah liat, ber-
main buaian mahupun duduk di atas bola yang besar. kaedah ini dapat
membantu motor sensori juga kemahiran motor halus (memegang pensel) juga
kemahiran pengurusan diri (memegang sudu, mengenakan butang).
Autisme merupakan cabaran dan ujian dariNya buat ibubapa terpilih. Harapan sentiasa ada bagi membantu anak-anak syurga kita walau hasilnya nanti tak sebijak Albert Einstein, tak sekaya Bill Gates sekali pun.....Sebagai ibubapa, kami telah boleh menarik nafas kelegaan seandainya 'buah hati' kami mampu berdikari dan hidup dengan kasih sayang yang melimpah ruah dari mereka di sekeliling....apatah lagi dariNya yang Esa. Aamiin...
1. APPLIED BEHAVIOUR ANALYSIS (ABA)
Diasaskan oleh Dr Ivar Lovaas dalam tahun 1960 an. Pengajaran yang amat
sistematik dan dilakukan secara intensif. Kaedah ini telah lama digunapakai
dimana pengajaran khusus diberikan kepada kanak-kanak dengan memberikan
tugasan yang dipecah-pecahkan kepada tugasan kecil. Diberi penekanan
berupa ganjaran jika kanak-kanak ini berjaya dalam tugasan yang diberikan.
Tiada denda dari segi fizikal dikenakan cuma ia dijalankan secara ketat dan tegas.
Kanak-kanak akan berjaya menyempurnakan tugasan seperti yang diarahkan
apabila perubahan dapat dilihat pada diri kanak-kanak tersebut.
Kaedah ABA dijalankan |
2. APPLIED VERBAL BEHAVIOUR (AVB)
Diasaskan oleh B.F Skinner iaitu analisa tentang tingkah laku, bagaimana bahasa
berkembang dan situasi tingkah laku verbal wujud. Fokus utama untuk mengajar
kanak-kanak yang bermasalah dalam bahasa.
Contohnya, jika ingin mengajar konsep 'buku' maka haruslah dipastikan kanak-kanak
tersebut boleh menyebut 'buku', melabelkannya, mengulangi perkataan 'buku'
apabila dikemukakan soalan, serta mengecam dengan menyentuhnya di antara
barang-barang lain serta dapat menjawab soalan yang berkaitan gambaran, serta
fungsi 'buku'.
Kaedah AVB dijalankan |
3. PICTURE EXCHANGE COMMUNICATIONS SYSTEMS (PECS)
Memandangkan kanak-kanak autisme mempunyai masalah untuk
berkomunikasi, kaedah PECS dapat membantu mereka menguasai
bahasa asas disamping kanak-kanak yang tidak bercakap.
Kaedah ini juga menggunakan ganjaran apabila kanak-kanak berjaya
menyampaikan keinginannya melalui gambar. Berbeza dengan kaedah
ABA dimana ganjaran diberikan apabila mereka berjaya melakukan
tugasan yang diberi.
Contoh alat bantuan PECS |
Objek Yang Diminta...........................Objek Yang Diterima |
4. TREATMENT AND EDUCATION OF AUTISTIC AND RELATED
COMMUNICATION HANDICAPPED CHILDREN (TEACCH)
Kaedah ini berdasarkan 'persekitaran harus disesuaikan dengan kanak-kanak
autisme bukan sebaliknya'. Ada kajian yang menunjukkan kaedah ini berjaya
membantu kanak-kanak autisme mempelajari sesuatu dengan lebih pantas.
Caranya ialah dengan mengurangkan arahan secara verbal tetapi menggunakan
kad bergambar seperti poster mahupun kad imbasan untuk menyampaikan
maksud. Kad tersebut haruslah mempunyai perkataan atau nombor.
Kaedah TEACCH Kurangkan Verbal.....Hanya Perkataan dan Nombor |
5. TERAPI INTEGRASI SENSORI (SI)
Teori Integrasi Sensori diasaskan oleh Jurupulih Cara Kerja A.Jean Ayres. Integrasi
sensori wujud apabila otak menyusun maklumat yang diterima daripada deria.
namun, tidak semua orang menerima proses ini seperti sepatutnya. Bunyi dan
penglihatan bercelaru dan mengganggu berbandingkan dengan orang lain.
Gangguan integrasi ini akan mewujudkan masalah imbangan dan koordinasi.
Pakar fisioterapis juga Jurupulih Cara Kerja yang terlatih akan menyediakan
pelbagai aktiviti bagi membantu kanak-kanak untuk memproses maklumat yang
diterima dari derianya ke kaedah yang biasa.
Kanak-kanak perlu bermain dengan pelbagai tekstur seperti pasir, tanah liat, ber-
main buaian mahupun duduk di atas bola yang besar. kaedah ini dapat
membantu motor sensori juga kemahiran motor halus (memegang pensel) juga
kemahiran pengurusan diri (memegang sudu, mengenakan butang).
Antara Peralatan Yang Disediakan..... |
Aktiviti Integrasi Sensori |
3 comments:
Applied Behavior Analysis (ABA) is B. F. Skinner by his book The Behavior of Organism, Publish in 1983.
Ole Ivar Løvaas is considered a grandfather of ABA and developed standardized teaching interventions based on those behavioral principals. Lovaas devoted nearly a half a century to groundbreaking research and practice aimed at improving the lives of children with autism and their families. In 1965, Lovaas published a series of articles that therapeutic approaches to autism. The first two articles presented his system for coding behaviors during direct observations and a pioneering investigation of superimposed antecedents and consequences that maintained a problem behavior.[25] The subsequent articles built upon these methods and reported the first demonstration of an effective way to teach nonverbal children to speak, a study on establishing social (secondary) reinforcers, a procedure for teaching children to imitate, and several studies on interventions to reduce life-threatening self-injury and aggression.
Lovaas was cited in his early career to use low dosages of electroshock therapy to children with extreme self injurious behavior.[25] In 1973, Lovaas published a long-term follow-up for the behavior modification intervention and was dismayed to find that most of the subjects had reverted to their pre-intervention behaviors. After these findings, Lovaas and his colleagues proposed several ways to improve outcomes such as starting intervention during the children's preschool years instead of later in childhood or adolescence, involving parents in the intervention, and implementing the intervention in the family's home rather than an institutional setting. Subsequent articles like the 1987 "Behavioral Treatment and Normal Educational and Intellectual Functioning in Young Autistic Children" reinforce this proposal of early and intensive intervention—without the use of aversives (such as electric shocks)—paired with continual therapy yields the most effective results for children with autism.[25] Lovaas highly believed that the support and involvement in parents applying therapy at home contributed to a higher success rate. Lovaas dedicated his life to the study of autism and was a strong advocate for people with autism even co-founding what is today the Autism Society of America.[2
Assalam En.SM Saroni..can i have ur email?? saya ada few question about penglibatan ibubapa terhadap intervensi awal kanak-kanak autistik
Post a Comment