Jalan Berjengket... |
Kanak-kanak suka berjengket bila berjalan. Biasanya kalau lantai basah, sejuk akan menyebabkan mereka berjengket-jengket untuk menyesuaikan dengan keadaan. Kanak-kanak juga suka berjengket menyusuri perabut rumah ketika baru belajar berjalan. Sehingga usianya 3 tahun, ianya tidak perlu menjadi kegusaran ibubapa sebenarnya.
Namun jika perlakuan tersebut masih konsistant sehingga peringkat usia 5 tahun, maka sesuatu harus dilakukan seperti mendapatkan bantuan pakar terutamanya Pakar Kanak-Kanak/Physiotherapist/ Pakar Orthopaedic.
Terdapat sebab-sebab tertentu yang menghasilkan perlakuan ini di kalangan kanak-kanak. Satu daripadanya ialah, faktor idiopathic (tidak diketahui sebab) atau habitual. Kebiasaannya ia dihubungkaitkan dengan masalah ketidakmatangan neurogical seperti cerebral palsy. Banyak kes juga mendapati jalan berjengket secara habitual ini berkaitan dengan mereka yang mengalami masalah lewat pertuturan seperti kumpulan tertentu autisme. Perlakuan ini disebabkan faktor hyper atau hyposensitiviti. Oleh itu, ibubapa harus memastikan anak-anak mendapatkan penilaian lanjut sekiranya perlakuan jalan berjengket ini berlaku bersama dengan kelewatan perkembangan termasuk lewat pertuturan dan lewat kemahiran bersosial.
Perlakuan jalan berjengket ini menghadkan pergerakan buku lali seseorang. Kesan yang ketara berlaku di bahagian otot betis dan tendon Achillies menjadi 'ketat'. Jika ini berlaku, kanak-kanak dinasihatkan menggunakan 'bracing'. Terdapat kes-kes tertentu dimana pembedahan terpaksa dilakukan bagi memanjangkan tendon Achilles sekiranya perlu untuk memulihkan masalah ini. Semakin lama perlakuan ini menjadi habit, maka semakin sukar untuk dipulihkan.
Berwarna putih bahagian yang dipanggil tendon Achilles |
Selain itu, golongan ini juga disyorkan menjalani program bagi mengatasi masalah integrasi deria seperti aktiviti berjalan di atas pasir basah/kering dan sebagainya. Senaman dan aktiviti juga boleh dilakukan di rumah bagi mendapatkan kesan yang lebih baik.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di rumah termasuklah :
a. PROPRIOCEPTIVE DAN AKTIVITI
KESEIMBANGAN
Menggunakan biji-biji guli.... |
- mulakan aktiviti dengan menyediakan 10 biji guli
dengan sebuah bekas diletakkan di atas lantai.
Kemudian kutip biji guli tersebut satu persatu dengan
menggunakan ibu jari kaki lalu dimasukkan ke dalam
bekas yang disediakan. Selesaikan tugasan ini
kemudian bertukar ke kaki yang sebelah lagi.
- si anak berdiri di atas pillow kemudian arahkan untuk
melakukan aktiviti di meja seperti bermain puzzle,
playing doh dan sebagainya.
Menggunakan tangga.. |
b. SENAMAN REGANGAN
Gerakkan sebelah kaki ke belakang, iaitu
melepasi sedikit sisi anak tangga. Kemudian berikan
tekanan dari berat badan anda terhadap tumit
menghala ke bawah/lantai. Lakukan bergilir-gilir
selama 20 saat setiap belah kaki kemudian tukar
kepada kaki yang sebelah lagi. Tujuannya ialah
untuk menguatkan tendon Achilles.
Menggunakan dinding.... |
- Berdiri menghadap dinding, kemudian letakkan
kedua belah tangan di dinding. Gerakkan kaki
kiri selangkah ke belakang dari yang sebelah kanan.
Pastikan tumit kaki rata di lantai serta bengkokkan
kaki kanan sedikit sehingga terasa regangan
berlaku di kaki kiri (belakang). Lakukan selama
20-30 saat kemudian tukar kaki yang sebelah lagi
secara bergilir-gilir.
Tidak semua kanak-kanak autisme mengalami masalah jalan berjengket, namun sesetengah dari mereka mengalaminya semenjak dari kecil. Bagi ibubapa yang mendapati anak-anak mereka mengalami masalah ini, maka tindakan harus dilakukan untuk berjumpa dengan pakar-pakar berkaitan bagi mengetahui puncanya supaya dapat dibantu sejak dari awal lagi. Jangan bertangguh-tangguh!
0 comments:
Post a Comment