A GIFT FROM HEAVEN

MUHAMMAD SYAHMI ASYRAFF


اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, July 24, 2017

Letih Benar Dia

PT3 makin dekat, dua bulan sahaja lagi. Kelas tambahan hingga ke petang. Kerja kursus PT3 juga mendesak. Kerja kursus IB pun bertimpa-timpa. Kerja Kayu KH, Ujian Segak, semua datang dalam masa yang sama. Kesian dia, letih sangat nampaknya. Tidur malam lena, letak kepala di bantal terus bermimpi hingga ke negeri China lagaknya. Pada halnya, kerja sekolah masih banyak yang belum diselesaikan. Apa yang ditanggungnya kini memang berat jika dibandingkan...

Sunday, July 9, 2017

Raya 6.....

Syahmi  Selesai sudah dia berpuasa sunat enam kelmarin. Pertama kali dalam hidupnya dia menunaikan ibadah sunat yang ini. Walau panas terik menghantui kami di Kuala Terengganu, tetap digagahi jua untuk melakukan puasa sunat ini dengan redha. Alhamdulillah....hari ini dia menyambut Raya 6. Ibu pernah memujuk dia untuk tidak berpuasa 6 ketika hari-hari persekolahan memandangkan cuaca yang panas terik sekarang juga cabaran menyaksikan...

Monday, July 3, 2017

Ziarah Mereka Yang Ditinggalkan

Jumaat, 23hb Jun 2017, perjalanan kami dari Kuala Terengganu bermula jam 2.30am menuju ke Kuala Kangsar untuk menyambut hari raya Aidil Fitri di kampung. Melewati jalan raya Timur-Barat beberapa jam, kami singgah sebentar di Kpg Chuar Hulu, Kati, Kuala Kangsar bagi menziarah sahabat yang kehilangan anak tunggal mereka beberapa hari sebelum Ramadhan. Dingin suasana ketika itu, kami sampai di sana kira-kira jam 8.00am. Genap sebulan pemergian...

Bila Remaja Beraya...

Dia lebih suka menyendiri, kurang bercakap. Buat hal sendiri. Menonton TV, kemudian menghadap telefon (main games terutamanya). Lagi pun. di kampung tiada sepupu sepapat yang sebaya dengannya untuk dia berbicara. Dia cucu bongsu dalam keluarga. Sepupu yang lain ramai yang dah berumahtangga dan punya keluarga sendiri. Pagi raya tetap ke masjid bersama ayah dan abangnya untuk solat sunat Aidil Fitri. Duit raya diterima dari saudara mara terdekat...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...