'Membara' |
Bukan kurang sabar, tapi dah hilang sabar. Sabar juga ada hadnya. 1 Ramadan lalu, bermulanya kita umat Islam berpuasa. Pahala ku terbang melayang awal-awal pagi lagi. Bila hati luka, maka kesabaran ku campakkan ke tepi. Bertahun memendam rasa, akhirnya ku luahkan segala dalam bentuk lahar yang membara. Menangis, meninggikan suara...tidak malu-malu lagi pada siapa jua di persekitaran.
"KALAU CIKGU-CIKGU SEMUA ADA ANAK ISTIMEWA SEPERTI SAYA, BARU CIKGU-CIKGU TAHU APA YANG SAYA RASA BILA ANAK KITA DIANAKTIRIKAN KEHADIRANNYA DI SEKOLAH. BARU CIKGU-CIKGU TAHU PERASAAN IBUBAPANYA YANG BERSUSAH-PAYAH MENDIDIK ANAK INI SUPAYA MENJADI SEPERTI KAWAN-KAWAN TIPIKAL YANG LAIN".
Bukan kurang ajar, tapi bertahun ku simpan rahsia dan akhirnya kini dapat menghidu pihak sekolah enggan menerima MBK (Murid Berkeperluan Khas) di sekolah mereka. Ini bukan kes yang pertama. Bulan Februari dulu sudah ada seorang pelajar seperti Syahmi dinasihatkan bertukar ke sekolah lain, dengan alasan pelajar berkenaan tidak mampu mengikuti silibus yang ada. Mungkin sebab tidak terkena pada batang hidung sendiri, maka masih boleh ku bersabar mendengarnya.
Namun, bila pihak TV pun kamu sekat masuk, maka terserlahlah memang pihak sekolah mempunyai agenda yang terselindung di sebalik tindakan tersebut. Tidak berbanggakah bila sekolah kamu menjadi tontonan umum? Tidakkah kejayaan pelajar istimewa didikan mu menjadi aset sekolah? Pihak TV hanya memohon untuk membuat liputan terhadap aktiviti Syahmi di kelas, menemuramah guru. Kejayaan dia terpilih sebagai penerima anugerah Bank Rakyat yang lalu memungkinkan pihak TV turun ke Terengganu untuk tujuan tersebut. Di mana wujudnya masalah besar di pihak kamu wahai pentadbir sekolah?
Dulu, ketika anak kami mendaftar ke Tingkatan 3(2017), awal-awal pagi lagi mood si ibu dicantas kejam. Didatangi seorang ustazah lalu berkata " Puan, baik puan pindahkan anak puan dari sekolah ini. Nanti takut bila orang lain buat kerja, dia 'menengung' sahaja di sekolah. Lagipun ini sekolah IB, kalau pihak sana tahu ada OKU di sini, tak tahulah macam mana".
Huhuhu....kejamnya kamu pendidik. Kamu berilmu, bukan ilmu biasa, ilmu agama tau. Patutkah lisan kamu mengungkap perkataan yang menghiris ini? Tidakkah kita dianjurkan bercakap berhemah dengan semua?
Jadi, berbaloilah di pagi yang mulia menjelangnya Ramadan kali ini pihak kamu mendapat 'habuan' dari seorang ibu yang telah lama menanggung luka. Ibu mana sanggup membiarkan anaknya dilayan sebelah mata. Biarlah kami angkat kaki dari sekolah ini tanpa diarahkan oleh mana-mana pihak. Kami faham, pihak minoriti ni tidak akan menang walau di bawa ke mana-mana pun. Mungkin ada sekolah lain yang lebih sesuai dengan Syahmi. Meminta maaf memang mudah, tapi memaafkan amat payah. Sekian.

0 comments:
Post a Comment