اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Tuesday, November 20, 2012

Cannot tahan laaaa..


Bercerita tentang pengalaman Syahmi berkhatan........ooohhh tidak sanggup lagi. Pasti inilah yang pertama dan terakhir buatnya. Saya memang bersedia untuk menghadapi situasi 'payah' buat anak istimewa sepertinya. Tambahan pula dengan keadaan Syahmi dimana berlakunya lekatan kulit yang diistilahkan 'buta' oleh sesetengah orang kita.

Keputusan untuk mengunakan kaedah bius penuh (General Anaesthesia) adalah yang terbaik buatnya kerana ditakuti Syahmi panik dengan situasi yang mendebarkan nanti. Itulah nasihat doktor pakar dari Kompleks Rawatan Harian, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu semasa temujanji terdahulu.


Bertukar pakaian untuk ke bilik  bedah (8.30am),
mula menunjukkan keresahan dengan titisan airmata

Sebenarnya, saya pun mula berdebar dengan keadaan di dalam bilik pembedahan, tambahan pula hendak menyaksikan bagaimana anak sendiri di'pengsan'kan lalu dijalankan proses berkhatan tersebut. Masih terngiang-ngiang bagaimana keadaan Syahmi menyedut ubat bius lalu dengan sepantas kilat di'sentap' pergi seolah-olah ditidurlenakan.


Tugas pengiring juga amat penting bagi menenangkan
 keadaan.....bapalah yang selayaknya memikul tugas ini (8.45am)

Ditolak masuk ke bilik pembedahan dalam
 keadaan menangis ketakutan (9.00am)
                     
Secekal mana sekali pun, 'jejaka Malaya' juga boleh tewas apabila berada di bilik pembedahan yang sejuk bedi dengan lampu dan alatan pembedahan yang pelbagai. Namun pengiring tidak dibenarkan bersama di dalam bilik pembedahan semasa procedure berkhatan dijalankan. Pengiring dikehendaki menunggu di luar setelah si anak dilenakan bagi memberi laluan para doktor dan jururawat bertugas menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Sejam berlalu, saya dipanggil semula untuk masuk ke bilik pembedahan sekali lagi bagi memastikan si ayah berada disampingnya ketika dia sedar nanti. Alhamdulillah, segalanya hampir selesai dan saya berpeluang selama setengah jam lagi bersamanya di bilik pembedahan bagi memastikan keadaannya betul-betul stabil sebelum dibenarkan keluar untuk berehat di wad.


Direhatkan di wad (10.30am)....sudah mampu tersenyum

Mengambil masa berjam juga untuk meredakan kebimbangannya bagi
mendapatkan bacaan yang baik seperti ini (2.00pm)

Apabila melibatkan bius penuh (GA) maka ada procedure lain yang harus dipatuhi.  Syahmi dikehendaki berbaring di katil tanpa bantal terlebih dahulu buat seketika dan kemudiannya ditinggikan kedudukan kepala. Lalu diberi minuman ringan berupa secawan milo dan biskut bagi memulihkan tenaga serta memastikan dia tidak muntah dan loya setelah minum juga makan.

Harus diingat bahawa bagi procedure bius penuh (GA),  pesakit dikehendaki berpuasa sebelah malamnya sebelum hari pembedahan dijalankan dengan keadaan kesihatan yang terbaik (demam,selsema atau batuk sekalipun, pembedahan akan ditunda). Apabila semuanya okay, maka kita dibenarkan balik ke rumah dengan hati yang lega, lagi berbunga-bunga....


Selamat tinggal HSNZ (3.30pm)......terima kasih semua!
                   
Ingin saya memberi penghargaan kepada kakitangan HSNZ (Kompleks Rawatan Pakar Harian) yang mengendalikan  procedure berkhatan ini dengan selesa dan layanan yang sangat baik. Jika di klinik/hospital swasta procedure ini menuntut kos yang mencecah hingga RM800 dan ada yang menjangkau ribuan RM. Namun bagi anak istimewa pemegang kad OKU, selagi ianya dilakukan di mana-mana hospital kerajaan maka tiada bayaran yang dikenakan.
                     
Alhamdulillah......segalanya telah selesai. Semoga Syahmi cepat sembuh dan boleh menghabiskan cuti sekolahnya dengan aktiviti harian seperti biasa.

6 comments:

Hayati Jafar said...

Well done Syahmi! You did it!!!

Smsaroni said...

tq Aunty Hayati Jafar....

Nuraihan Hamsiah said...

Tumpang tanya... brp lama perlu tunggu utk dpt appointment berkhatan ni ya. Klu dpt terangkan apa yg perlu di buat sebelum tu , amatlah dihargai....

Smsaroni said...

lambat saya menjawabnya....appointment biasanya sebelum cuti sekolah. Kena jumpa surgeon dulu utk dilihat keadaan si anak. Kemudian akan ditetapkan tarikhnya..pergi pulak ke pakar bius utk mendengar nasihat supaya kita betul2 menyediakan si anak dgn kesihatan yg terbaik. Batuk pun tak boleh...pasti tarikh akan ditunda jika si anak mengalami masalah2 tertentu. Datang ke wad pd hari yg ditetapkan

Unknown said...

subhanallah tahniah buat adik syahmi dan juga parents

Smsaroni said...

izza lyna....terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...