اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, December 21, 2018

Rumpun Kasih Sayang at Felda Residence Hotspring, Sungkai



Rumpun Kasih Sayang Zakaria dan Jameah di Felda Residence Hotspring, Sungkai

Tanggal 26hb dan 27hb Nov 2018 (2 hari 1 malam), pertama kalinya kami berkumpul beramai-ramai anak menantu, cucu, cicit Tok Yan (nama sebenar Hj Zakaria bin Haji Nordin) di 3 buah villa yang sangat selesa. Alhamdulillah segalanya ditaja oleh anak lelaki tunggal Tok Yan serta isteri buat adik beradik, anak cucu kira-kira 54 orang kesemuanya. Suasana indah dan selesa dikelilingi dengan kehijauan dedaun kelapa sawit. Privacy, tiada yang mengganggu kerana kawalan keselamatan yang baik. Hanya kenderaan yang mmempunyai pas masuk sahaja dibenarkan berada di dalam kawasan villa. Sebuah villa dengan bayaran RM1100 semalam jika waktu puncak, Rm700 pada hari-hari biasa. Terima kasih pada yang menaja penginapan ini, Abg Husin dan isteri Kak Ainun.


Villa No 18, Felda Residence Hotspring, Sungkai......cantik, luas dan selesa

Jakuzi juga disediakan di villa berkenaan

Menyediakan kemudahan dapur yang lengkap, membolehkan kami memasak di sana. Masing-masing membawa menu readymade dari rumah. Cuma panaskan sahaja di kediaman utk santapan semua yang ada. Berebut-rebut makanan yang memeriahkan suasana. Udah lama kami tidak berkumpul sebegini. Walaupun tidak semua yang dapat bersama kali ini (17 orang tak dapat hadir dengan alasan yang tidak dapat dielakkan), semoga suatu masa nanti kita dapat berkumpul lagi dengan kehadiran penuh...InshaAllah.

Memandangkan masing-masing udah berkeluarga besar dan datangnya dari destinasi yang berbeza, jadi ketibaan di lokasi iaitu di Felda Residence Hotspring, Sungkai juga agak lewat dari yang dijanjikan. Ada yang driving dari Taiping, Keramat, Kota Damansara, Ipoh, Kuala Kangsar, Grik, Permatang Pauh dan tentunya kami yang paling jauh dari Kuala Terengganu. Sepatutnya kami berkumpul di lokasi sekitar 10.30am. Namun kekangan yang tertentu, beberapa keluarga tiba agak lewat iaitu kira-kira jam 1.30pm. Sementara menunggu mereka yang belum sampai, kami bersantap dulu dengan makanan yang disediakan dari rumah masing-masing. Ketupat dan serondeng, lontong, bubur jagung semua ada. Makan beramai-ramai memang tak sedar mentua lalu di belakang..hehehe


Sejauh mata memandang dipenuhi dengan kehijauan ladang kelapa sawit


Makan pagi + makan tengah hari disatukan memandangkan hari dah jam 12.00pm

Banyak kemudahan yang ditawarkan di sini, kolam air panas dan air biasa yang luas. Mandilah sehingga kecut kaki dan tangan sekali pun tiada yang peduli, ia dibuka dari 9.00am hingga 7.00pm setiap hari. Terdapat juga Station Egg Boiling. Telur mentah disediakan dengan bayaran yang berpatutan dan di sana kita boleh merebus telur hingga masak atau separuh masak (ikut pilihan masing-masing) dengan menggunakan air panas terpancar dari perut bumi, bukti kebesaran Allah S.W.T . Peralatan disediakan, tidak perlu bawa mangkuk, sudu bagai. Malahan kicap juga disediakan di sana untuk pengunjung menikmati telur separuh masak bersama kicap.


Egg Boiling Station

Penapis disediakan untuk tujuan merebus telur

Kolam air panas dan air biasa  terbentang luas untuk pengunjung bermandi--manda. Kami juga diaturkan dengan acara sukaneka oleh pihak penginapan pada keesokkan harinya. Acara yang dipilih, memancing ikan di darat, isi air dalam botol menggunakan sponge, kepit buah kelapa di kelangkang. Berdebar juga la sebab senior citizen seperti kami udah tak larat nak bekejar belari. Lutut kendur, jantung pun dah berusia untuk bernafas laju.


Kolam air biasa

Kolam air panas suam di belakang sana

Sepetang berendam, akhirnya masing-masing naik untuk ke penginapan. Rehat, solat sementara menunggu malamnya untuk bacaan Yassin beramai-ramai juga BBQ dan karaoke. Alhamdulillah, Syahmi telah diamanahkan untuk mengetuai bacaan Yassin pada malam itu bagi memperingati arwah ahli keluarga yang telah tiada. Seterusnya BBQ mengambil tempat dengan beraneka juadah yang membuatkan kami rambang mata. Bagi memeriahkan suasana, acara diselangi pula dengan karaoke anak beranak. Merdu suara atau ke laut alunannya tidak menjadi halangan. Hanya untuk suka-suka, namun ada juga yang mampu menyanyi hingga membuatkan kami menitiskan airmata.


Ucapan alu-aluan dari Abang Hussin yang merupakan ketua keluarga kami
juga penaja family gathering ini sebelum majlis bacaan Yassin dimulakan

Bacaan Yassin diketuai oleh Syahmi dan doa dari Ayah Chor

Bersama-sama kami memanjatkan rasa
syukur atas pertemuan ini

Makanan berderetan menunggu untuk majlis BBQ dan karaoke

Kilauan Emas pun tidak mahu ketinggalan


Acara memotong kek 4 generasi
(kek ditaja oleh Abg Ee)


Hadiah dari anak cucu bagi meraikan orang yang kami sayangi Mak/Opah

Kira-kira 11.15pm usai majlis sebelah malam, bersurai kami untuk ke penginapan semula. Perut kenyang, hati senang, masing-masing keletihan sebenarnya dengan aktiviti seharian. Esok pagi kita hendak berkejar lagi dengan acara sukaneka. Jom kome...esok 9.00am kena berada di padang.


Antara team yang bertanding dalam acara berjalan sambil mengepit 
buah nyior di kelangkang

Cucu cicit sedang warm up untuk acara mengisi air ke dalam botol
menggunakan sponge


Acara kepit buah nyior kanak-kanak


Syahmi dalam acara memancing ikan di darat

Acara mengisi air dalam botol menggunakan sponge

Team Bukit Payung akhirnya berjaya membolot hadiah, deme biasa
panjat bukit jadi tenaga pun banyak...hahaha

Syahmi menjadi penonton di tepi padang ketika ini


Acara sukaneka berjalan selama 2 jam, penuh dengan hilai tawa, 'ngulin perin' nengoknya kata orang Perak sebab kelakar melihat tenaga tua berkejor. Yang kanak-kanak pulok dengan keletah comei mereka. Semua itu akan jadi kenangan, kekadang tersenyum sendirian mengenangkan peristiwa manis di Felda Residence Hotspring lalu.

Hadiah-hadiah bagi acara yang dipertandingkan adalah dari kerjasama semua keluarga yang hadir. Tiap keluarga bawak 5 bungkusan hadiah. Bukan murah atau mahal yang dikira nilaiannya, cukuplah sekadar menggembirakan setiap yang menyertainya kerana yang tua atau yang muda dijanjikan hadiah sama ada menang mahu pun kalah.


Mewah rezeki, berderetan bungkusan hadiah

Jam 12.00pm kami kena check out dari penginapan. Masing-masing bergegas ke villa setelah sukaneka selesai kira-kira jam 11.00am. Mengemas pakaian, villa dikosongkan supaya tiada barang yang tertinggal. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk berendam semula di kolam buat seketika.

Kira-kira 12.30pm kami semua beredar untuk ke Restoran Nasi Bamboo Sg Klah yang terkenal di daerah ini. Menjamu selera dengan makan tengah hari di sana beramai-ramai. Terima kasih Pie kerana menaja makan tengah hari ini dalam suasana yang meriah. Kenyang perut boleh belahhhh...alhamdulillah


Nasi Bamboo Sg Klah ......

Jumpa lagi semua. Semoga di lain masa,  panjang umur, murah rezeki kita dapat bertemu kembali...InshaAllah

0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...