
Bukan senang untuk melihat dia bersukan. Jarang-jarang sekali dia ingin turun padang jika tidak kerana terpaksa. Kali ini, dia sendiri yang minta dirinya diberi peluang untuk sama-sama menyertai sukantara di sekolah bersama rakan-rakan.
Dia bukannya pelajar yang aktif bersukan. Sejak kecil lagi dia jarang berlari ke sana ke mari secara aktif kerana mungkin atas faktor fizikalnya yang tidak membenarkan. Dia lebih kepada autisme yang hypo. Pergerakan...