Ramadhan datang lagi.....anak-anak yang pernah berpengalaman berpuasa sebelumnya amat teruja bila ketibaan bulan yang penuh berkat ini. Walaupun hakikat sebenarnya mereka belum lagi diwajibkan berpuasa. Berbeza dengan segolongan mereka yang dah besar panjang terutamanya remaja juga tidak ketinggalan bapak-bapak 'hina' yang bersedih bila Ramadhan datang hanya kerana ketagihan rokok sebatang dua......
Walaupun anak istimewa, Syahmi tetap dilatih berpuasa ketika berumur 6 tahun. Alhamdulillah......tahun 2011 ketika umurnya 9 tahun Syahmi telah mula berpuasa penuh sebulan Ramadhan. Tiada bezanya dengan anak normal lain, dia juga mampu bangun bersahur di pagi hari juga ke sekolah seperti biasa.
Niat berpuasa |
Niat berbuka puasa |
Jom kita menghayatinya! |
Ampun dan maaf dipinta jika saya terkasar bahasa kepada pengunjung laman ini, semoga Ramadhan tahun ini kita menjadi lebih baik dari tahun-tahun yang sebelumnya....InsyaAllah.
3 comments:
Salam Ramadhan Syahmi, en samsul & famili :)
Terima kasih.....pd keluarga Syida juga....selamat menghayati bulan yg penuh keberkatan...Ramadhan
Selamat berpuasa juga Yeop & Syahmi.. Ampun maaf dipinta kot2 ada yg terlanjur kata time berseloroh tu..mana le tau kan? :)) Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Amin...
Post a Comment