Bukan mudah untuk memberi kefahaman terhadap istilah-istilah tertentu kepada individu autisme. Umpamanya, membezakan istilah-istilah Kata Ganda Separa seperti Kekuda, Kekisi, Tetupai, Sesiku, Jejari, Tetulang dan seumpamnya.
Mari kita mengenali istilah-istilah ini secara visual......kalau bisa, ingin rasanya ditunjukkan pada Syahmi secara langsung. Berjalan-jalan sambil memperkenalkan si anak dengan bahan-bahan tersebut. Apakan daya, zaman kini kekuda juga sukar dilihat lagi disebabkan rumah-rumah hampir kesemuanya dilengkapi dengan lelangit canggih.
KEKUDA : Bermaksud kayu/logam penyangga tulang bumbung rumah
KEKISI : Bermaksud batang-batang dari kayu/logam yang dipasang berdiri
pada tingkap atau lain-lain. Juga dipanggil sebagai jeriji.
TETUPAI : Bermaksud keratan kayu yang dilekapkan pada sesuatu
bahagian seperti tiang bertujuan untuk menyangga.
SESIKU : Bermaksud alat yang berbentuk 'L' atau 'T' untuk melukis mahupun
mengukur sudut tepat
Sesiku 'L' |
Sesiku 'T' |
JEJARI : Bermaksud bilah besi yang menghubungkan pusat roda dengan
rim.
TETULANG : Bermaksud rangka bentuk rumah/bangunan.
Bila ianya telah divisualkan, Syahmi tentu lebih mudah faham dan boleh menjawab soalan-soalan seperti di bawah dengan betul. Lain kali jangan silap menjawab lagi ya anak ku!
Jawapan : (B) |
1 comments:
Bagus!
Post a Comment