Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu menziarah penghuni Taman Sinar Harapan, Bukit Besar, Kuala Terengganu |
Jumaat lepas, 1st time saya berkunjung ke Taman Sinar Harapan di Bukit Besar, Kuala Terengganu bersama-sama Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu. Taman Sinar Harapan berfungsi sebagai sebuah tempat perlindungan sebenarnya kepada anak-anak yang mengalami Masalah Pembelajaran dari usia 1-14 tahun dimana anak-anak ini tiada tempat bergantung (samada memang ketiadaan ibubapa mahupun saudara mara, atau anak-anak yang diabaikan keluarga) bagi meneruskan kehidupan. Di sana mereka dilatih untuk berdikari, bagi yang mampu belajar, disekolahkan ke sekolah-sekolah yang mempunyai sektor Pendidikan Khas berhampiran.
Untuk pengetahuan, di Malaysia terdapat beberapa buah lagi Taman Sinar Harapan yang berfungsi seumpamanya. Namun golongan yang disasarkan berbeza dari satu taman ke taman yang lain. Taman Sinar Harapan, Bukit Besar, Kuala Terengganu dikhususkan kepada anak-anak yang mengalami Masalah Pembelajaran sahaja. Mereka datang dari segenap pelusuk negara, termasuk Johor, Kelantan dan lain-lain lagi.
Dewan Penyayang menerima kunjungan Persatuan Sahabat Faqeh Terengganu |
Mendengar taklimat oleh pihak Taman Sinar Harapan |
Taklimat disampaikan oleh wakil Taman Sinar Harapan |
Ketika lawatan ke asrama dilakukan, kami dipertemukan dengan anak-anak ini. Gembiranya mereka apabila dihulurkan buah tangan, sesegera itulah mereka meminta kita untuk dibukakan pembalut makanan berupa biskut dan sebagainya untuk dimakan. Terharu dengan nasib anak-anak ini yang kehidupannya hanya bertemankan rakan-rakan senasib juga kakitangan Taman Sinar Harapan. Namun di wajah mereka tetap ceria.
Buah tangan buat anak-anak di Taman Sinar Harapan |
Mereka gembira dengan kehadiran kita semua walau pertama kali bertemu. Mereka perlukan perhatian kita sebenarnya. Mereka juga perlukan kasih sayang ibubapa dan keluarga. Kebanyakan anak-anak Bermasalah Pembelajaran tidak menunjukkan kekurangan dari segi fizikal. Namun terdapat juga segelintir yang kelihatannya amat menyentuh hati. Hanya mampu berada di katil tanpa sebarang kata-kata, keadaan fizikal yang amat menyedihkan. Ya Allah, kebahagiaan yang abadi menunggu mereka di sana...InshaAllah
Sayangnya gambar-gambar penghuni tidak dibenarkan untuk diambil oleh pelawat. Hanya kenangan menyaksikan insan-insan istimewa ini yang dikira bernasib baik kerana dapat berlindung di tempat yang selesa dengan layanan yang amat memuaskan. Semoga suatu masa ada diantara mereka yang boleh berdikari, hidup dalam masyarakat seperti insan-insan lain.
Keratan akhbar Sinar Harian 30.11.2015 |
0 comments:
Post a Comment