اللهم انت لهاولوعظمت فرجها بفضل بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah! Engkau Jua BagiNya. Jikalau Ia Sukar, Lapangkanlah baginya dengan kelebihan بسم الله الرحمن الرحيم

Sunday, October 27, 2013

Minggu Peperiksaan Datang lagi (28.10.2013 - 31.10.2013)




Senyapppp......


           Peperiksaan Akhir Tahun 2013 bermula esok bagi semua pelajar sekolah kebangsaan di negeri Terengganu. Syahmi sibuk mengulangkaji pelajarannya dengan bimbingan si ibu. Semoga diberi ketenangan oleh-Nya, agar Syahmi dapat menjawab soalan dengan baik. Doakan kejayaan anak ini....aamiin


Jadual Peperiksaan 

              Pantas masa berlalu, tahun depan Syahmi akan menghadapi UPSR. Masih teringat lagi kisah sendu kami membawa si anak ke sana ke mari, tercari-cari sekolah yang sesuai untuk penempatan anak istimewa sepertinya. Namun dikecewakan dengan pelbagai alasan yang meruntun jiwa. Sesungguhnya, Tuhan mempunyai perancangan yang terbaik keatas setiap makhluk-Nya.


              Semoga anak ini sentiasa di bawah perlindungan-Nya, permudahkanlah perjalanan anak ini  ....aamiin



SEMOGA BERJAYA


0 comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...